Siakap Keli

Bergantung Dengan Tabung Oksigen, Bob Luqman Jual Nasi Ayam Mulai Minggu Depan

Pelakon Bob Lukman dilihat sering berkongsi keadaan kesihatannya yang semakin merundum. Sebelum ini, Bob ditahan di UiTM Private Specialist Centre Sungai Buloh akibat masalah jantung bengkak dan paru-paru berair pada awal Januari lalu.

Bob ketika ditemu bual berkata, kos rawatan bagi ubat sahaja sudah mencecah RM1,000 sebulan dengan 13 jenis kesemuanya.  Bob kini perlu bergantung dengan tabung oksigen untuk bantuan pernafasan ketika tidur dan perlu membawa tabung tersebut jika keluar dari rumah.

“Saya masuk hospital pada akhir 2014 sehingga Januari 2015.

“Lepas tu, tahun ni saya keluar masuk wad hospital bermula Januari hingga Jun 2018,” katanya.

Akibat keperluan menampung kos perubatan dan kos sara hidup, Bob akan mula berniaga nasi ayam goreng kampung di Masjid Al-Ibtisam di TTDI, Shah Alam bermula minggu hadapan.

“Saya memang tak kerja, sekarang rasa macam sihat sikit dan saya nak berniaga balik.”

“Orang masjid tawarkan saya berniaga di situ, saya setuju sahaja,” katanya yang akan berniaga pada setiap Selasa hingga Ahad, pukul 12 tengah hari hingga 3 petang serta akan dibantu oleh anak lelaki dan anak saudaranya.

Nur Farra