Siakap Keli

“Kalau Masuk Dalam Hotel Tu Sebaiknya Bagi Lelaki Masuk Dulu,” Lelaki Disapa Suara Garau, Badan Naik Gatal-Gatal

Tak ramai yang percaya dengan kehadiran makhluk halus, namun bagi yang mempercayai dan pernah melihatnya, ia pasti pengalaman yang menyeramkan.

Gangguan makhluk ini tak kira dimana-mana.  Luar mahupun di dalam rumah.  Kita sebagai umat Islam kadang-kala perlu memberi perhatian akan keadaan sekeliling terutama jika kediaman tersebut asing bagi kita.

Kalau pergi bercuti kadang-kadang kita lupa apa yang ada di dalam.  Tanpa bagi salam terus menerjah masuk ke dalam hotel ataupun rumah penginapan.  Perkongsian daripada Ustaz Norazri Medzlan melalui laman Facebook miliknya membuatkan kita supaya sentiasa beringat walau dimana jua kita berada, kita perlu menghormati makhluk lain yang mungkin ada bersama kita.

via GIPHY

Semalam ada rawat seorang pesakit lelaki yang mempunyai masalah kulit. Seperti biasa sebelum ruqyah ada sedikit sesi kaji selidik pada pesakit. Saya tanya beliau macamana boleh jadi begini? Pesakit ni bagi tahu dia ada tidur di sebuah hotel. Ketika hendak tidur dia terdengar suara garau (lelaki)sedang gelak dan tak lama selepas itu badanya gatal2 seperti gambar dibawah. Saya nak bagi nasihat sedikit pada anda. Apabila anda bercuti tak kira di mana sekalipun samada bermalam di hotel, resort atau pun homestay sebaiknya suami/lelaki masuk dahulu.

Isteri dan anak-anak tggu dulu di luar. sebelum masuk bagi salam dan azan dahulu di dalam rumah/hotel tersebut. Insya Allah sekiranya ada sesuatu makhluk halus (jin) yg menumpang di kediaman tersebut dengan laungan azan pasti ai akan keluar. Jika ada air yasin dan di spray di dalam rumah/hotel tersebut lagi Bagus. Sedikit nasihat dari saya. Semoga memberi manfaat kepada semua. Beringat sebelum kena. Insya Allah

Nur Farra