Siakap Keli

Kekasih Romantik Cuba Lamar Pramugari Dalam Pesawat, Syarikat Penerbangan Hantar Surat Pemecatan

Bahagia sewaktu menerima lamaran romantik yang dilakukan oleh kekasihnya nampaknya hanya sementara dan mungkin akan menjadi pengalaman pahit kepada seorang pramugari apabila dia berdepan risiko dipecat majikannya.

Pada Mei lalu, sebuah video yang memaparkan seorang lelaki membuat kejutan lamaran di dalam pesawat dimana kekasihnya sedang bekerja tular di media sosial di China.

Pramugari yang bekerja di syarikat penerbangan China Eastern Airlines itu terkejut apabila kekasihnya tiba-tiba melutut dan memintanya menghulurkan tangan sebaik sahaja pesawat dari Xi An menuju Yinchuan baharu  berlepas kira-kira 30 minit.

Meskipun masih terkejut dengan tindakan drastik itu, pramugari yang tidak didedahkan identitinya itu sempat menggunakan sistem pembesar suara dalam pesawat untuk mengucapkan terima kasih kepada penumpang yang bersorak dan merakam detik lamaran itu.

Bagaimanapun, menurut laporan Liaonin STV, syarikat penerbangan tersebut telah menghantar surat pemecatan kepada pramugari itu atas sebab lamaran tersebut yang dikatakan mengganggu keselesaan penumpang dalam pesawat.

Tindakan lamaran yang dilakukan dalam pesawat juga didakwa boleh menjejaskan keselamatan penumpang.

Berita pemecatan dari China Eastern Airlines itu menerima pelbagai reaksi dari netizen yang rata-ratanya tidak puas hati kerana menganggap tindakan pemecatan hanya kerana lamaran itu tidak berperikemanusiaan.

Sumber: The Straits Times

Aisha Ratnila

"Don't be distracted by criticism. Remember the only taste of success some people get is to take a bite out of you."

- Zig Ziglar