Siakap Keli

Saleem Kemalangan, Tulang Rusuk Tertusuk Hingga Ke Paru-Paru

Penyanyi lagenda, Saleem telah terlibat dalam satu kemalangan jalan raya pada Khamis lalu selepas motosikal yang dinaikinya dilanggar sebuah kereta dari arah belakang.

Menurut laporan media, kejadian itu menyebabkan tulang rusuknya tertusuk hingga ke paru-paru.  Walau bagaimanapun, isterinya, Julia mengesahkan bahawa suaminya kini dalam keadaan stabil.

Menurut isterinya lagi, ketika kejadian Saleem keluar dari rumah untuk membeli barang namun tak menyangka sehingga boleh menyebabkan kemalangan teruk.  Panik dengan khabar diterima, Julia bergegas ke hospital Kajang untuk melihat keadaan suaminya.

Saleem kini dalam proses pemindahan dari hospital Kajang ke Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) untuk rawatan lanjut.

Julia dalam satu kenyataan berharap agar orang ramai dapat mendoakan kesembuhan suaminya dan dipermudahkan segala urusan.

Nur Farra