Siakap Keli

“Saya Bukan Pencuri, Saya Nak Bersihkan Nama, Tuduhan Terhadap Rosmah, Saya Tak Tahu” – Najib

Susulan penahanan Datuk Seri Najib Tun Razak semalam, beliau walau bagaimanapun telah diikat jamin daripada 25 pertuduhan membabitkan dana 1MDB di Mahkaman Sesyen Kuala Lumpur.

Dalam satu temu bual selepas dibebaskan, Najib berkata, “Sepertimana kita maklum, isu RM2.6 bilion telah digunakan secara habis-habisan untuk mengutuk, memburuk dan mencaci saya selama ini.  Dengan pertuduhan ini, akan memberi peluang kepada saya untuk bersihkan nama bahawa saya bukan seorang pencuri.”

“Jika mengikut perkiraan, saya sudah memulangkan satu jumlah besar selepas Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU13).”

“Saya mahukan keadilan supaya saya diberi peluang untuk membersihkan nama saya.”

Ketika ditanya mengenai tuduhan terhadap isterinya, Najib dengan tenang menjawab, “Saya tak tahu.”

Najib dibenarkan ikat jamin sebanyak RM3.5 juta dengan dua penjamin. Terma pembayaran yang dibenarkan Mahkamah ialah RM1 juta pada Jumaat diikuti dengan RM500,000 sehari, sebelum 28 September.

Nur Farra