Siakap Keli

Tak Cukup Dirogol, Kanak-Kanak 7 Tahun Disumbat Getah Paip Dalam Kemaluan

Seorang kanak-kanak berusia 7 tahun dikejarkan ke hospital selepas menjadi mangsa rogol di India dan dilaporkan dalam keadaan yang kritikal.  Menurut laporan media, kanak-kanak terbabit disumbat getah paip ke dalam kemaluan dan perlu menjalani beberapa pembedahan untuk menyelamatkannya.

Setelah menjalani pembedahan, gadis tersebut direhatkan sambil ditemani ibunya.  Sehubungan dengan kes ini, seorang lelaki berusia 21 tahun ditangkap bagi memberikan butiran lanjut.

Swati Maliwal selaku ketua Suruhanjaya Delhi berkata gadis tersebut berada dalam kesakitan yang melampau selepas serangan itu.

“Kami sedang menjalankan rancangan pemulihan.  Sedih bila kita tengok kes-kes rogol di Delhi dipandang sepi pihak berkuasa.”

“Kes gadis ini sangat berat.  Dia dibawa ke taman, dimasukkan getah paip ke dalam kemaluannya dan dirogol.  Darah tidak henti-henti keluar ketika dibawa untuk rawatan.”

“Ibunya merupakan itu tunggal dan datang daripada keluarga miskin.  Tak dapat bayang macam mana sakitnya mangsa.”

Menurut Biro Rekod Jenayah Kebangsaan, sebanyak 39,000 kes rogol berlaku sejak 2016 dan kadar rogol adalah setiap 13.5 minit.

Sumber: CNN

Nur Farra