Siakap Keli

Tak Sempat Terbang, Pelajar Curi Pesawat Ditahan

Seorang pelajar bertindak mencuri dan menceroboh sebuah kapal terbang kosong di lapangan terbang Florida dengan motif yang masih disiasat.

Pelajar tersebut dikatakan bukan sahaja berdepan dengan tuduhan menceroboh, malah turut terlibat dengan pertuduhan pelanggaran visa.

Bukan kali pertama, sebelum ini dia ditahan selepas menceroboh pesawat American Airline Airbus 321 di Lapangan Terbang Antarabangsa Orlando-Melbourne. Tindakannya membuatkan jadual penerbangan tergendala sehingga 5 jam.

Menurut laporan media, pelajar tersebut dikatakan meninggalkan keretanya di luar lapangan terbang dan berlari serta melompat pagar untuk menaiki pesawat.

Nur Farra