Siakap Keli

(Video) Ibu Suruh Anak Bagitahu ‘Hantu’ Kereta Sudah Penuh Tak Boleh Tumpang, Tiba-Tiba Ada Suara Misteri Yang Jawab

Seorang wanita terkejut apabila mendapati anaknya boleh melihat dan berkomunikasi dengan makhuk halus yang terdapat di sekolahnya.

Rakaman video perbualan di antara ibu  dan anak itu dimuat naik di laman sosial hingga menarik perhatian ramai dan menjadi tular.

Difahamkan, kejadian itu berlaku di salah sebuah sekolah rendah di Songkhla, Thailand, sewaktu dua beranak ini sedang berteduh dari hujan lebat.

Sewaktu kejadian, si ibu dipercayai melihat anaknya bercakap sendirian di hadapan sebuah bilik komputer aras dua di bangunan sekolah itu.

Melihatkan tiada sesiapa pun yang berada di situ, wanita itu menjadi hairan dan terus merakam aksi anaknya.

Jelasnya, ini bukanlah kejadian pertama kerana anaknya pernah bercakap sendirian dan seolah-olah sedang berkongsi minuman dengan ‘seseorang’.

Rakaman video perbualan di antara ibu  dan anak itu dimuat naik di laman sosial hingga menarik perhatian ramai dan menjadi tular.

Jika tidak dapat lihat video, boleh lihat di sini VIDEO

Ibunya bertanya lebih lanjut mengenai rakan ghaibnya yang sering berbual dengan kanak-kana itu.

Anaknya memberitahu bahawa rakannya itu sedang lapar nasi dan ketika ditanya siapa, dia menyifatkan rakannya itu sebagai adik yang ikat rambut, memakai kasut berwarna merah jambu serta bertubuh kecil.

Bimbang diekori entiti itu, wanita tersebut meminta anaknya untuk memberitahu yang mereka sudah mahu pulang dan tidak boleh ikut sekali berikutan kereta sudah penuh.

Jika tidak dapat lihat video, boleh lihat di sini VIDEO

Lebih mengejutkan apabila kanak-kanak itu menyampaikan pesanan ibunya, kedengaran suara misteri yang menyahut dan membalas perkataan ‘krub’.

Menzahirkan rasa bimbang dnegan keadaan yang dilalui anaknya, si ibu menjelaskan ini bukanlah kejadian pertama kerana anaknya pernah bercakap sendirian dan seolah-olah sedang berkongsi minuman dengan ‘seseorang’.

Sumber: Kru Ju Taksaporn Yodthong

Aisha Ratnila

"Don't be distracted by criticism. Remember the only taste of success some people get is to take a bite out of you."

- Zig Ziglar