Siakap Keli

(Gambar & Video) 5 Sebab Kenapa Vivo V11 AI Patut Jadi Telefon Pintar Korang Yang Seterusnya

Telefon pintar Vivo menawarkan reka bentuk berkualiti tinggi dengan spesifikasi yang luar biasa sejak tahun 2009. Jenama ini telah menarik minat dunia sejak mereka melancarkan telefon pintar paling tipis di dunia pada tahun 2015. Sebelum ini Vivo berada di kedudukan teratas 3 jenama telefon pintar di India yang berjaya membangunkan produk berteknologi canggih dengan gaya yang sangat elegan bagi setiap pengguna terutama generasi milenia.

Seiring pelancaran Vivo V11 baru-baru ini, Vivo sekaligus mewujudkan dirinya sebagai jenama telefon pintar global yang berinovasi.  Ini 11 sebab kenapa korang perlu beli Vivo V11 dan V11i untuk menikmati penggunaan yang lebih bergaya dan bijak.

Kamera AI V11 Dengan Gambar Sempurna

Disebabkan kejayaaan siri Vivo V9 awal tahun lalu, Viva dah tingkatkan prestasi fotografi yang lebih berkualiti dengan sistem sistem dwi-kamera 12MP + 5MP dengan tambahan f/1.8 dan 1.28μm pixel disamping kamera hadapan dengan resolusi 25MP. Kamera belakang dwi-kamera itu pula dilengkapi dengan Dual Pixel Sensors yang mengandungi 24 juta unit fotosensitif yang peka cahaya dan dwi-pixel autofokus berpiawaian DSLR yang boleh mengunci focus pada 0.03 saat.

Gelap-gelap pun gambar ngam!

Senang ceritalah kan, gambar korang akan hampir sama dengan gaya jurufoto professional.  Lampu belakang HDR dengan teknologi AI V11 dan teknologi AI mod lampu rendah menggunakan algorisma AI yang pelbagai untuk menghasilkan gambar yang terbaik walaupun ketika matahari terbenam.

Gaya Futuristik Dengan Pengimbas Cap Jari Pada Skrin

Sisi bezel ultra nipis digandingkan dengan reka bentuk lengkungan 3D, peranti terkini Vivo ini bakal memberi pengalaman tontonan menyeluruh yang lengkap di tangan.  

Peranti pertama dengan thumb print pada skrin!

V11 adalah model pertama di dalam siri V yang dijanakan dengan fungsi pengimbas cap jari pada skrin yang tidak mempunyai peranti penyahkunci yang ketara untuk memberi efek reka bentuk yang rata dan menyeluruh. Penampilan sulung teknologi ini di CES pada awal tahun ini telah membantu di dalam mewujudkan skrin yang lebih besar tanpa menjejaskan aspek keselamatan telefon. 

Efek 3D dekat muka 

Untuk selfie pula, V11 memperkenalkan sistem AI face-modelling algorithm terbaru yang membolehkan pengguna melaraskan ciri-ciri wajah mereka untuk mendapatkan hasil swafoto yang cantik dan semulajadi. Penambahbaikan sistem AI Selfie Lighting turut menawarkan pengguna lebih pilihan tentang efek cahaya. Algorisma AI itu juga memainkan peranan untuk memberikan gambar yang terbaik dengan mengira efek cahaya 3D pada muka pengguna.

Inovasi Dual Engine Fast Charging Dengan Kelajuan Berganda

Untuk korang yang sangat concern dengan bateri telefon yang selalu habis, Vivo V11 ada jawapannya! Vivo V11 membawa korang menyusuri pengalaman pengisian 2 kali ganda lebih cepat dengan masa yang singkat. Teknologi pengisian pantas dua hala menggunakan dua kad pengecas serta litar pengisian dwi untuk mempercepatkan kadar pengecasan peranti.

Hebatkan?

Google Lens Untuk Cari Maklumat, Jovi Untuk Bantuan Seharian

Selain fungsi pengecasan yang sangat dope!, peranti pintar V11 juga memberi pengalaman meluas kepada korang dengan pembantu AI Vivo, iaitu Jovi, dengan ciri-ciri lengkap seperti Jovi Smart Scene, Google Lens dan Google AssistantGoogle Assistant membantu di dalam situasi sehari-hari seperti menavigasi peta, membeli-belah dalam talian, pengurusan perjalanan, muzik, video dan media sosial. Manakala, Google Lens pula memberi peluang kepada korang untuk mencari apa yang  diinginkan dengan menggunakan algorisma kompleks.

Faham tak? Kalau tak faham, kita tengok video dekat bawah ni. Tak faham juga tengok gambar pula okay!

Boleh trace 1,024 elemen wajah

Ketepatan fungsi imbasan wajah turut ditingkatkan dengan menggunakan cahaya infrared, di mana teknologi ini berjaya mengesan 1,024 elemen wajah untuk menyahkunci dengan segera, walaupun di dalam gelap. 

Gaya, Mutu, Keunggulan Dengan Elemen ‘Misteri Alam Semesta’

Daripada segi kemasan, Vivo berjaya menghasilkan gabungan warna yang mengikuti peredaran trend masa kini dengan dua warna iaitu Starry Night dan Nebula yang diinspirasikan oleh misteri alam semesta.  Gabungan warna Starry Night merupakan campuran hitam dan biru dan warna Nebula, biru dan ungu memberi impresi bintang di galaksi yang meningkatkan elemen reka bentuk futuristik V11.

Dekat mana nak test, try cuba beli?

Sejak mula dijual pada 15 September 2018 lalu, Vivo V11 telah menjadi salah sebuah jenama telefon pintar yang paling laju dibeli. Manakala, Vivo V11i pula dan pun berada di pasaran mulai, 21 September 2018.

Harga Cantik Dengan Pelbagai Tawaran Menarik

V11 dijual pada harga RM1,699 dan V11i pada RM1,299. Pembeli turut ditawarkan dengan hadiah menarik sebaik membuat pembelian buat mana-mana produk siri V.

Mana nak beli?

Boleh ke mana-mana Vivo Concept Store atau collaboration partners store seperti Senheng/senQ, Courts, Chan Furniture, Harvey Norman, AEON atau pembelian secara online di www.vivostore.com.my mahupun di Lazada, 11street, Shopee, LMall, Ezbuy, dan Aladdin Street.

So, apa tunggu lagi?

via GIPHY

Nur Farra