Siakap Keli

“Kami Sahkan Lee Chong Wei Hidap Barah Hidung Peringkat Awal” – Presiden BAM

Semalam tular khabar angin melalui laman media sosial Facebook mengenai jaguh negara, Datuk Lee Chong Wei apabila beliau dikatakan telah menghidap kanser hidung tahap ketiga.

Walau bagaimanapun, hal ini nampaknya telah disahkan oleh Presiden BAM sendiri iaitu, Datuk Seri Norza Zakaria dalam satu kenyataan berkata, “Sebagai maklum balas terhadap laporan berkaitan Datuk Lee Chong Wei, BAM mengesahkan pemain itu telah didiagnosis menghidap barah hidung peringkat awal.”

Chong Wei dikatakan kini berada di Taiwan bagi mendapatkan rawatan dan dilaporkan berada dalam keadaan baik serta sedang berehat untuk pulih disamping keluarga dan rakan terdekat.

Menurut Norza, Datuk Lee Chong Wei berterima kasih kepada semua rakyat Malaysia yang mendoakan kesihatannya.

“Sebagai tindak balas terhadap laporan baru-baru ini mengenai Datuk Lee Chong Wei, BAM mengesahkan bahawa pemain itu telah didiagnosis dengan kanser hidung peringkat awal.

Chong Wei kini berada di Taiwan untuk rawatan dan saya dengan sukacitanya memaklumkan kepada anda bahawa dia bertindak balas dengan baik terhadap rawatannya dan kini sedang berehat dan memulihkan diri di kalangan keluarga dan kawan rapat. Bagi pihak Chong Wei, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua rakyat Malaysia atas doa dan kebimbangan anda. Sokongan anda adalah sumber kekuatan dan keberaniannya.

Kami menggesa semua orang untuk menghormati privasi dan keluarganya. BAM sentiasa berhubung baik dengan Chong Wei dan kami akan menawarkan sebarang sokongan kepada legenda kami. “

Dato ‘Sri Norza Zakaria
Presiden BAM
Kuala Lumpur, 22 September 2018

Nur Farra