Siakap Keli

Kenapa Najib Tak Pakai Baju Jingga Dan Digari Ketika Ditahan? Ini Penjelasan SPRM

Beberapa hari lalu, Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah ditahan di perkarangan pejabat Pasukan Siasatan Jenayah Pengubahan Wang Haram di Menara KPJ berikutan 21 pertuduhan yang antaranya melibatkan melibatkan pengunaan wang haram.

Susulan penahanan tersebut, SPRM menerima beberapa persoalan apabila ada yang mengatakan Najib telah menerima layanan istimewa daripada pihak SPRM kerana tidak dipakaikan baju jingga dan digari ketika ke mahkamah.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya Operasi SPRM , Datuk Seri Azam Baki berkata, pemakaian baju jingga dan gari adalah bergantung kepada budi bicara pegawai pengendali dan keperluas kes.

“Datuk Seri Najib bukan satu-satunya kes yang kita kendali di mana yang ditahan tidak dipakaikan baju oren dan tidak digari. Sebelum ini pun sudah ada.

“Biasanya, pegawai yang mengendalikan akan melihat jika ada orang yang ditahan itu boleh membawa kemudaratan seperti melarikan diri atau membuat kecoh, maka dia perlu digari dan dipakaikan baju jingga itu,” jelas Azam.

Nur Farra

writ.er / [rahy-ter]
-noun
1. a peculiar organism capable of transforming caffeine into books.

Tambah komen

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.