Siakap Keli

Perlumbaan Epik – Kereta Super, Superbike, Kereta F1, Jet peribadi & Jet Pejuang Berlumba Antara Mereka, Siapa Menang Akhirnya?

Tiga kereta pantas, sebuah superbike, sebuah kereta F1, sebuah jet peribadi dan jet pejuang berlumba antara satu sama lain dalam satu festival teknologi di Istanbul semalam.

Lima pemandu menekan pedal minyak untuk mengatasi antara satu sama lain di landasan sejauh 400 meter sementara di dua landasan lain, sebuah jet pejuang dan sebuah jet peribadi turut sama mengambil bahagian dalam perlumbaan itu.

Perlumbaan itu diadakan di festival teknologi, penerbangan dan angkasa yang diadakan di sebuah lapangan terbang bersempena dengan pembukaan rasminya pada Oktober ini.

Kenderaan yang terlibat termasuklah sebuah motosikal Kawasaki H2R, Tesla P100DL, Aston Martin New Vantage dan Lotus Evora GT 430.

Siapa yang menang pada akhirnya?

Tidak mahu spoil keputusan akhir, tonton video perlumbaan itu dibawah untuk tahu keputusan.

https://www.youtube.com/watch?v=NM09yc0eyH0

Di akhir landasan, pemenang Supersport World Champion Kenan Sofuaoglu dari Turki membawa Kawasaki H2R tunggangannya memperoleh kemenangan dalam perlumbaan epik itu. Tempat kedua dimenangi oleh kereta Red Bull yang dipandu oleh pemandu Formula 1, Jake Dennis.

Tempat ketiga dimenangi oleh pesawat F-16 diikuti oleh Tesla P100DL, Aston Martin New Vantage dan Lotus Evora GT430. Challenger 605 berada di tempat akhir.

Berikut adalah spesifikasi kenderaan-kenderaan yang terlibat.

Sumber: Dailymail

Siakap Keli

Berita sejurus ia berlaku? Itulah saya....