Siakap Keli

Tiada Lagi ‘Raba-Raba’ Badan Penumpang Di KLIA, KLIA 2 Selepas Ini

Pemeriksaan imigresen di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan KLIA 2 selepas ini tiada lagi menggunakan kaedah ‘raba-raba’ kata Menteri Pengangkutan Anthony Loke.

“Tiada lagi raba-raba di lapangan terbang apabila mesin sinaran X dipasang pada suku kedua tahun depan.”

Menurut beliau, mesin sinaran X sekali gus menggantikan tugas pihak keselamatan lapangan terbang bagi pemeriksaan tubuh terhadap setiap penumpang sebelum memasuki pesawat.

Isu ini dibangkitkan oleh Datuk Seri Bung Mokhtar Radin ketika di Parlimen pada 2014 dan tahun lalu.  Selain itu, beliau turut mendakwa mendapat beberapa laporan dimana beberapa penumpang diraba secara berbeza mengikut cara petugas keselamatan.

Bung oleh yang demikian mencadangkan agar lapangan terbang menggunakan inisiatif mesin pengimbas bagi mengelakkan penumpang diraba.

Nur Farra