Siakap Keli

”Gadis Itu Jaga Saya, Cantiknya Macam Puteri,” – Pendaki Hilang Seminggu Kongsi Pengalaman Aneh

Kehilangan seorang lelaki selama tujuh hari setelah mendaki Gunung Singai, Bau, Isnin lalu, akhirnya terjawab apabila dia ditemui selamat hari ini. Namun, terdapat pengalaman aneh yang berlaku sepanjang tempoh kehilangannya itu.

Menerusi satu portal berita, Stanley Kho, 22, memberitahu kepada anggota penyelamat bahawa dia dijaga dengan baik oleh seorang gadis  sepanjang tempoh sesat di kawasan gunung berkenaan, yang dikatakan cukup popular dalam kalangan pendaki.

Menurutnya, gadis berkenaan sangat cantik seperti puteri dan sempat menghulurkan sekuntum bunga kepadanya. Pada mulanya, dia terserempak dengan gadis itu ketika memulakan pendakiannya dan terus mengikutinya kerana terpegun dengan kecantikan yang dimiliki gadis itu.

Mangsa memberitahu dia ada mendengar suara pasukan penyelamat dan penduduk kampung yang menjalankan operasi mencari dan menyelamat (SAR) bagi mengesannya. Tetapi, mulut mangsa seolah-olah ‘terkunci’ sepanjang tempoh kehilangannya dan tidak dapat menyahut panggilan pasukan penyelamat, katanya.

Dilaporkan, Stanley yang ditemui selamat jam 8.10 pagi harini, berada dalam keadaan lemah dan kebingungan di kawasan curam di sebelah kanan kaki gunung berkenaan. Mangsa yang mengalami kecederaan pada kaki dan tangan, hanya berseluar pendek dan tidak berbaju.

Difahamkan, Operasi SAR yang dilancarkan sejak minggu lalu bagi mencari mangsa telah membabitkan hampir 300 anggota pelbagai agensi penyelamat selain dibantu penduduk kampung dan persatuan pendaki.

Mangsa dilaporkan hilang selepas mendaki gunung itu bersendirian, pada jam 8 pagi Isnin lalu dan laporan mengenainya dibuat pada 4.35 petang hari sama.

Difahamkan, kehilangan Stanley disedari tiga rakannya yang menemui keretanya diletakkan di kaki gunung berkenaan. Mangsa sempat menghantar kedudukan lokasinya disertai dengan video berdurasi empat saat pada selasa, namun selepas dipadankan dengan peta sebenar, lokasi dihantar menerusi aplikasi WeChat itu tersasar di luar kawasan gunung berkenaan.

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.