Siakap Keli

”Kalau Akhlak Tinggi, Hutang 10 Sen Pun Bayar,” – Menteri Pendidikan

Walaupun nilai hutang kecil, seseorang yang  mempunyai akhlak tinggi akan berusaha membayar wang yang dipinjamnya.

Menerusi satu portal berita, Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik berkata, sikap membayar hutang perlu ada dalam setiap diri kerana ia membabitkan tanggungjawab moral.

Jelasnya, tidak kira hutang apa sekalipun termasuklah hutang PTPTN (Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional), seseorang yang mempunyai moral yang tinggi akan membayar hutangnya walaupun hanya 10 sen kerana ia mencerminkan akhlak seseorang itu.

Beliau memberitahu sumber ketika mengulas kenyataan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengenai jumlah hutang PTPTN yang meningkat kepada RM36 bilion kerana peminjamnya tidak amanah.

Sebelumnya Perdana Menteri berkata, mereka yang meminjam itu bukannya tidak mampu membayar tetapi sengaja enggan membayar balik pinjaman sekaligus menyebabkan orang lain sukar mendapatkan pinjaman untuk membiayai pelajaran mereka ke peringkat lebih tinggi.

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.