Siakap Keli

Marshall Tiada Kuasa Kawal Aliran Trafik, Orang Awam Boleh Ingkar Arahan – PDRM

Polis Diraja Malaysia (PDRM) melalui satu kemas kini di laman rasmi Facbooknya menegaskan bahawa marshall atau pengiring tidak mempunyai kuasa untuk mengarahkan pengguna jalan raya lain mengubah laluan atau melencongkan aliran trafik.

Selain itu, PDRM turut mengingatkan bahawa marshall ini juga tidak mempunyai kuasa untuk meminta mana-mana pengguna jalan raya yang lain untuk memberhentikan kenderaan mereka di jalan raya atau memberikan laluan kepada konvoi.

Menurut status berkenaan lagi, mana-mana penganjur sama ada pertandingan atau konvoi yang menggunakan marshall perlu dihadiri oleh anggota polis.

”Orang awam atau pengguna jalan raya boleh mengingkari perintah mashall ini sekiranya mereka melakukan tugas-tugas trafik seperti meminta anda memberikan laluan, memberhentikan kenderaan di persimpangan jalan, melencongkan kenderaan anda dan pelbagai lagi,” kata kemas kini itu.

Mana-mana marshall yang bertindak sendirian mengganggu aliran trafik di jalan raya tanpa kehadiaran anggota polis trafik boleh dikenakan hukuman.

”Mana-mana individu atau kumpulan yang menjalankan tugas trafik tanpa anggota trafik boleh diambil tindakan di bawah Seksyen 21 Akta Polis 1967 atau Seksyen 79(2) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” kata kemas kini itu lagi.

Sumber : Facebook PDRM

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.