Siakap Keli

Terengganu Umum Cuti 30 September

Menteri Besar Terengganu, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar mengumumkan cuti peristiwa negeri itu pada hari Ahad, 30 September ini.

Menerusi satu portal berita, menurut beliau cuti peristiwa tersebut diberi bagi meraikan kejayaan kontinjen Terengganu yang dinobatkan juara keseluruhan Sukma 2018 di Perak.

Pada masa sama, kerajaan negeri turut mengucapkan tahniah kepada pasukan Terengganu kerana memungut 56 pingat emas, 51 pingat perak dan 53 pingat gangsa.

Kejayaan kontinjen Terengganu merampas kembali gelaran juara Sukma ini melunaskan “Win Back Mission” yang telah ditetapkan oleh pihak pengurusan, katanya dalam satu kenyataan kepada sumber malam tadi.

Menteri Besar turut mengucapkan tahniah kepada Azreen Nabila Alias kerana menerima Anugerah Atlet Wanita Terbaik SUKMA Perak 2018.

Ini merupakan kali kelima kontinjen dari Pantai Timur itu merangkul gelaran juara keseluruhan Sukma, kejuaraan sebelum ini dilakar pada 2008 di Kuala Terengganu, 2010 di Melaka, 2011 di Pahang dan 2012 di Kuala Lumpur.

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.