Siakap Keli

Anak Kecil Dapat Melihat Dan Berkomunikasi Dengan Makhluk Halus, Adakah Itu Perkara Biasa Dan Apa Tindakan Ibu Bapa

Jin merupakan makhluk ciptaan Allah yang ghaib atau orang sering menyebutnya dengan makhluk halus. Bila kita sebut makhluk halus sudah pasti kita sebagai manusia tidak dapat melihat mereka meskipun mereka berlegar-legar di sekeiling dapat melihat kita. Seperti manusia, jin juga ada yang baik dan beriman kepada Allah dan ada pula yang jahat yang sering menyebut sebagai iblis atau jin kafir.

Bayi yang baru lahir masih dalam keadaan yang lemah dan tak berdaya, sehingga mereka menjadi sasaran bagi jin untuk mengganggu kerana bayi mempunyai kelebihan melihat sesuatu yang orang dewasa tidak dapat(1).

Banyak orang tua tidak tahu ciri-ciri bayi diganggu jin karena kadang-kadang bayi tidak menunjukkan tanda yang spesifik. Sering kali orang tua kebingungan jika bayi mereka merengek dan menangis tidak henti-henti padahal mereka tidak lapar, tidak haus, dan tidak sakit(1).

Ciri-Ciri Bayi Diganggu :

  1. Bayi menangis terus menerus sambil menghentakkan kakinya. Si bayi terlihat seperti ketakutan dan terjadi secara tiba-tiba.
  2. Bayi menangis saat lihat satu tempat di dalam rumah. Berkemungkinan jin atau makhluk halus sedang menonjolkan dirinya pada bayi.
  3. Terdapat suara aneh yang membuat bayi menangis. Berkemungkinan makhluk halus ini sedang mengganggu melalui suara-suara yang membuat bayi ketakutan.
  4. Bayi kuat menangis dan sukar dihentikan walaupun sudah diberi susu dan tiada tanda-tanda kembung perut atau ketidakselesaan lain pada bayi.
  5. Perubahan suhu badan pada bayi di mana ada bayi yang hanya sebahagian atau tempat tertentu saja rasa panas sedangkan bahagian badan lain suhunya normal. Ada juga lengan sebelah atas panas sedangkan bahagian bawah lengan suhu normal(3).
Gambar :cineplex.com

Ciri-ciri lain termasuklah(4):

– Matanya melilau melihat sekeliling

– Bayi menangis tetapi tiada airmata

– Menangis seolah-olah seperti di cubit

– Menangis dalam keadaan takut

– Tidur dalam keadaan terkejut-kejut

– Tidur di selang seli dengan tangisan

– Menangis pada waktu-waktu tertentu setiap hari, contohnya seperti waktu  maghrib

Mengapa Bayi Mudah Melihat Benda-Benda Ghaib?

Mereka melihat dunia secara berbeza kepada kami dan tidak pernah mengalaminya idea-idea sebelum ini tentang masyarakat tentang apa yang betul atau salah, nyata atau tidak.

Sama ada benar atau tidak, terdapat beberapa sebab yang menjelaskan mengapa mereka dapat melihat entiti sedangkan orang dewasa tidak boleh. Satu kepercayaan umum yang mereka alami semangat adalah dikatakan kerana mereka masih dekat dengan Tuhan dimana mereka adalah bayi yang masih suci tidak tercemar(5).

Apa Tindakan Ibu Bapa?

Tidak kira apa pun perbezaan agama dan kepercayaan, jika anak-anak bercakap tentang sesuatu atau seseorang yang ibu bapa tidak boleh atau tidak dapat melihatnya, ibu bapa harus memandang serius akan perkara ini. Walaupun pandangan dunia anda tidak membolehkan anda menghiburkan pemikiran itu, mempercayai apa yang mereka katakan(4).

Bertenang dan Bertanya

Ibu bapa boleh cuba untuk bercakap dengan anak anda mengenai pengalamannya. Mintalah dia untuk memberitahu tentang apa yang dia lihat dan pastikan ibu bapa menumpukan perhatian dan mendengar, tanpa membantah(5).

Gambar :Fox 5 NY

Dengan berbuat demikian, ibu bapa boleh mengekalkan saluran komunikasi terbuka supaya anak-anak berasa selesa untuk berkongsi pengalamannya dengan ibu bapa mereka.

Mengetahui Emosi Anak-Anak

Jika anak-anak kelihatan seperti seronok bermain denngan kawan imaginasinya, mungkin tiada apa yang perlu ibu bapa dibimbangkan melainkan jika anak-anak membuat sesuatu yang pelik-pelik.

Gambar :Netflix

Namun jika ibu bapa melihat tingkah laku yang berbeza terhadap anak-anak, itu yang harus dibimbangkan. Atau mungkin juga mereka mempunyai keupayaan bermain peranan yang luar biasa, yang didorong oleh mainan bermain berpura-pura dan hal ini biasanya terjadi kerana mungkin anak-anak kesunyian dan tiada siapa yang menemanimereka bermain membuatkan mereka berimaginasi sendiri.

Luangkan Lebih Masa Bersama Anak-Anak

Seperti yang dinyatakan, anak-anak mungkin berimaginasi sendiri dengan mewujudkan rakan khayalan untuk menemani hari-hari mereka yang kosong. Oleh itu,ibu bapa haruslah banyak meluangkan masa bersama anak-anak.

Gambar :bljesak.info

Anak-anak perlukan perhatian yang lebih dalam mengembangkan bakat dan membesar dengan aktif. Bawa mereka bersiar-siar di taman bersama atau mungkin juga ibu bapa dapat meluangkan masa dirumah dengan meminta mereka membuat sesuatu kerja rumah bersama.

 

Rujukan

  1. KCOnline
  2. Dream.Co.Id
  3. Junied.com
  4. Kuasa Mistik
  5. KindMommy

 

Amy Noreffaziera

Jatuh bangun sendiri.. Tiada apa yang mustahil selagi kita berusaha..
_Jinsei o tsuyoku shite tatakau (Keep strong and fighting for life)_ =D ..#Ridergirl #Amiey