Siakap Keli

Jaga Keselamatan Diri Dan Keluarga, Tolong Jangan Kongsi 5 Benda Ni Di Media Sosial

Sudah menjadi lumrah bagi sesetengah orang untuk berkongsi segalanya di media sosial termasuklah aktiviti harian, gambar makanan, pakaian dan sebagainya. Kebiasaannya, niat kita memuat naik sesuatu di media sosial hanyalah niat untuk berkongsi kegembiraan bersama rakan-rakan dan keluarga.

Tidak dinafikan media sosial juga boleh berfungsi sebagai album dan diari digital yang menyimpan data peribadi secara dalam talian tanpa perlu khuatir ia akan hilang.

Tetapi, setiap kebaikan ada keburukannya jika kita menyalah gunakannya. Keburukan boleh terjadi sekiranya kita terlalu berlebihan dalam berkongsi maklumat di media sosial. Individu di luar sana yang berniat jahat terhadap kita boleh mengakses maklumat peribadi kita dengan mudah melalui perkara yang kita kongsikan di media sosial.

Oleh itu, entri kali ini akan berkongsi tentang beberapa perkara yang tidak sepatutnya kita kongsi di laman sosial bagi menjaga keselamatan diri dan keluarga supaya tidak menerima ancaman buruk dari luar.

Perkongsian berguna ini ditulis oleh Taufiq Razif di laman facebooknya. Selamat membaca dan semoga bermanfaat buat semua.

JANGAN KONGSI 5 BENDA NI DI MEDIA SOSIAL KALAU NAK KELUARGA SELAMAT

1. BAGITAHU SUAMI OUTSTATION
– Pencuri dan perompak paling takut dengan kehadiran sosok lelaki di dalam rumah kerana mereka tahu kebanyakan lelaki akan melawan dan mempertahankan diri dan keluarganya

– Mereka paling seronok kalau mereka tahu tak ada lelaki langsung dalam rumah yang akan mereka pecah masuk

2. BAGITAHU LOKASI RUMAH
– Kalau nak tunjuk lokasi ‘check-in’ di media sosial pun, jangan sesekali check-in di lokasi yang berdekatan dengan rumah

– Lagi spesifik lokasi rumah kita dedahkan, lagi bahaya untuk keluarga kita

3. TAYANG NO PLATE KERETA
– Bukan cuma info seberapa banyak saman je boleh dikorek daripada no plate ni

– Alamat rumah, no ic, no telefon, dan nama penuh semuanya boleh digali hanya dengan menayangkan no plate kenderaan kita

– Buka je MyEG dan MyCariInfo ataupun emailkan pada syarikat insurans kereta tu, semuanya boleh digali dan dicari!

4. TAYANG NO IC DAN NO PASSPORT
– Kadang kadang kita teruja sangat duk tayang keputusan peperiksaan sampai lupa nak tutup nombor ic anak kita

– Kadang-kadang tu kita terupload gambar percutian kita dan keluarga sampai ‘ter-snap’ sekali gambar passport padahal nombor tu semua adalah data peribadi yang wajib kita lindungi

– Kalau rasa ada yang curi data peribadi kita boleh je buat aduan di web [email protected]

– pihak yang sebarluaskan data peribadi kita tu boleh dikenakan hukuman sampai RM500K tau!

5. BAGITAHU KETERLAMBATAN KITA MENJEMPUT ANAK
– Kadang kadang kita selalu buat posting ” aduh.Terlambat lagi ambik anak aku kat sekolah ”

– Benda ni sendiri dah diperingatkan oleh PDRM sebab risiko untuk orang luar pantau dan intip keberadaan kita dan anak kita

– Sebarang kelewatan kita, adalah risiko besar bagi anak kita jadi sebaiknya jangan kita bagitahu pada orang luar lebih-lebih di media sosial

– Tolong ingatkan benda ni semua pada keluarga dan pasangan kita ye –

p/s : Saya suka kongsi ilmu mendidik anak di telegram saya juga. Klik je link ni kalau nak join 120 ribu mak ayah yang lain kat dalam tu
👉 t.me/NotaTaufiqRazif

Sumber: Taufiq Razif

Aisha Ratnila

"Don't be distracted by criticism. Remember the only taste of success some people get is to take a bite out of you."

- Zig Ziglar