Siakap Keli

Kaedah Dakwah Dr Zakir Tidak Sesuai Di Negara Ini – Menteri

Kaedah digunakan pendakwah dari India, Dr Zakir Naik yang dianggap merendahkan agama lain tidak sesuai dengan budaya negara ini.

Menerusi satu portal berita, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa berkata, ini kerana Malaysia adalah sebuah negara yang memiliki kepelbagaian kaum dan etnik.

Beliau secara peribadi merasakan kaedah penyampaian atau dakwah Dr Zakir iaitu perdebatan dengan mencaci agama lain tidak sesuai di negara ini berbanding dengan kaedah berdialog.

Katanya, umat Islam seharusnya menerima perbezaan di sebuah negara majmuk dengan fikiran terbuka dan saling memahami. Jika tidak, kita akan terheret dengan masalah lebih besar iaitu perkauman sempit yang secara langsung menunjukkan agama Islam itu sempit.

Dr Zakir merupakan penerima Anugerah Tokoh Maal Hijrah 2013 dan sering menyampaikan ceramah mengenai Islam dan perbandingan agama di seluruh dunia.

Beliau disiasat pihak berkuasa India sebelum ini atas dakwaan pengubahan wang haram dan jenayah berkaitan keganasan.

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.