Siakap Keli

Lebih 45 Peratus Penduduk Pahang Berdepan Masalah Gemuk

Lebih 45 peratus daripada dua juta penduduk di Pahang berdepan masalah kegemukan yang boleh menyebabkan mereka menghadapi gangguan kesihatan, kata Pengarah Kesihatan Pahang Datuk Dr Sha’ari Ngadiman.

Beliau berkata antara penyakit yang paling banyak dikesan adalah darah tinggi, iaitu 30 peratus daripada jumlah berkenaan serta kencing manis sebanyak 17 peratus, hampir selari dengan angka di peringkat nasional dan merupakan petanda yang tidak baik.

“Masalah itu boleh dihindari sekiranya masyarakat mengamalkan gaya hidup sihat seperti bersukan, kurangkan makanan berlemak dan berminyak, serta mengamalkan diet yang sihat,” katanya kepada sumber.

Sha’ari berkata mereka yang sering bersenam akan kelihatan lebih muda daripada usia kerana banyak mengeluarkan hormon ‘Endorphin’, iaitu hormon yang terhasil daripada dalam badan dan akan keluar bila seseorang melakukan aktiviti senaman.

“Penjagaan berat badan ideal dan pemakanan seimbang ini amat penting yang harus dipandang berat oleh segenap lapisan masyarakat kerana kita mahu menghasilkan rakyat sihat serta cergas,” katanya.

— BERNAMA

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.