Siakap Keli

Nazir Razak Umum Bakal Letak Jawatan Pengerusi CIMB Hujung Tahun Ini

Selepas negara Malaysia bertukar kerajaan sejak Pilihan Raya Umum ke-14 tempoh hari, banyak pemimpin-pemimpin terkenal yang memegang tampuk pemerintahan agensi kerajaan dan juga swasta melepaskan jawatan mereka. Mungkin inilah senario yang pasti berlaku apabila peralihan kuasa melibatkan kerajaan persekutuan.

Terbaru, adik kepada mantan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazir Razak bakal melepaskan jawatan beliau sebagai Pengerusi Commerce International Merchant Bankers Berhad (CIMB) yang akan berkuatkuasa 31 Disember 2018. Pengumuman itu dilakukan sendiri oleh beliau menerusi entri terbaru akaun Instagram miliknya.

Beliau mula menyertai kumpulan bank tersebut sejak tahun 1989 sebagai Pengarah Urusan dan dilantik sebagai pengerusi sejak tahun 2014. Menurut beliau, ahli lembaga pengarah CIMB Bank sudah mula mencari calon yang sesuai bagi menggantikan kerusi yang ditinggalkan Nazir dan sedang mencari tarikh yang sesuai untuk menyerahkan kuasa.

“Setelah lebih 29 tahun, saya merasa sangat bangga dengan perjalanan yang saya lalui bersama CIMB,” katanya.

View this post on Instagram

The sun is setting on my time in CIMB. I just announced that I will step down as Chairman of CIMB by 31st December 2018. The Board will now activate its succession plan to decide on the next Chairman and the exact date of handover. Over the last 29 years, I have had the privilege of a front row seat on the amazing CIMB journey from fledgling corporate finance franchise to leading Malaysian investment bank to an ASEAN universal bank. Thank you CIMB, #teamCIMB and #CIMBalumni. After our CEO transition in 2014 and then success of T18, CIMB is now financially strong, organisationally robust and firmly institutionalised. My CIMB mission is accomplished and final affirmation of success will come with my departure and CIMB continue grow from strength to strength. I am 52 years young. It is time for me to commit fully to my next mission on the Asean stage.

A post shared by Nazir Razak (@nazir.razak) on

 

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)