Siakap Keli

(Video) Padah Bergurau Tusuk Hos Angin Pada Punggung Rakan, Pekerja Maut Organ Dalamannya Rosak

Seorang lelaki maut selepas organ dalamannya rosak akibat diacu hos tekanan udara tinggi oleh penyelia di kilangnya yang berniat untuk bergurau dengan mangsa.

Menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV), Aditya Jadhav terlihat gembira dan ketawa sewaktu mendekati penyelianya.

Penyelia kilang di Kolhapur, India itu bergurau dengan anak buahnya apabila dilihat mengacukan hos tekanan udara pada bahagian rambut , belakang badan dan punggung Aditya.

Malangnya, mangsa rebah ke lantai dengan serta merta kerana mengalami kesakitan apabila berlakunya tekanan udara yang tinggi ketika penyelianya menghalakan hos tersebut pada bawah seluar Aditya.

Kejadian itu berlaku pada 3 September lalu dan mangsa dilaporkan meninggalk dunia pada 18 September.

Menurut sumber tempatan, tindakan penyelia yang mengacukan hos udara itu terkena pada bahagian punggung Aditya sekali gus menyebabkan organ dalamannya rosak.

Terkini, pihak polis Shahpuri dilaporkan telah memfailkan kes tersebut dan sedang dalam misi menjejaki penyelia terlibat yang hilang sejak hari kejadian.

Sumber: MetroUK

Aisha Ratnila

"Don't be distracted by criticism. Remember the only taste of success some people get is to take a bite out of you."

- Zig Ziglar