Siakap Keli

Wanita Mengadu Sakit, Doktor Terkejut Temui Bangkai Kura-Kura Dalam Kemaluan

Seorang doktor di bilik kecemasan sebuah hospital di Mojon de Arona, selatan Tenerife, Pulau Canary tidak dapat mempercayai dengan apa yang dilihatnya pada Sabtu selepas seorang wanita yang datang mendapatkan rawatan mengadu mengalami kesakitan yang teruk di vaginanya.

Apabila doktor tersebut melakukan pemeriksaan ke atas wanita itu, dia menemui objek aneh iaitu bangkai seekor kura-kura di dalam vagina wanita terbabit.

Terkejut dengan keadaan tersebut, doktor terbabit menghubungi polis yang bertindak mengambil keterangan daripada wanita warga Britain yang berusia 26 tahun itu.

Wanita tersebut menjelaskan bahawa dia keluar berparti di kawasan pantai Fanabe pada sebelah malam tetapi tidak dapat mengingati apa yang berlaku selepas itu.

Menurut sumber, teori asas yang berlaku di sebalik kejadian itu ialah haiwan itu dimasukkan ke dalam vagina wanita terbabit sama ada oleh dirinya sendiri atau orang lain.

Malah sumber itu berpendapat adalah mustahil haiwan itu boleh masuk ke dalam vagina wanita terbabit dengan sendiri.

Difahamkan, setakat ini wanita itu memilih untuk tidak membuat aduan dan tidak pasti sama ada dia menjadi mangsa serangan seksual.

Analisis mendapati kura-kura tersebut merupakan spesies air tawar yang biasanya dijual di kedai haiwan.

Spesimen yang ditemui di dalam vagina wanita itu masih lagi ‘bayi’ dan boleh membesar sehingga 18 sentimeter apabila matang.

Siasatan masih lagi dijalankan selepas gambar bangkai seekor kura-kura berdarah mula tersebar menerusi aplikasi WhatsApp. Malah, gambar tersebut juga turut disiarkan beberapa portal berita antarabangsa.

Sumber : El Pais

Nuraiyshah A.L

Being a sleepy girl with a busy life is hard.

Tambah komen

Sumbang Artikel Anda

Anda suka menulis dan berkongsi? Tetapi tiada medium yang sesuai? Anda dialu-alukan untuk menulis di Siakap Keli sekiranya penulisan anda itu suatu perkara yang manfaat.

Kami Juga Bersosial

Sekiranya anda ingin mendapat berita dari Siakap Keli pada 'News Feed' media sosial, anda boleh ikuti kami di