Siakap Keli

Ahli Parlimen Baling, Azeez Rahim Dan Abangnya Ditahan SPRM

Ahli Parlimen Baling, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim bersama-sama abangnya dilaporkan telah ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kira-kira 11 pagi tadi di Ibu Pejabat SPRM, lapor beberapa portal berita tempatan.

Manakala abangnya, Abdul Latif dilaporkan ditahan di Sungai Buloh kira-kira pukul 11.30.

Azeez yang merupakan Ahli Majlis Tertinggi UMNO ditahan mengikut Seksyen 16(a) Akta SPRM 2009 bagi membantu siasatan atas dakwaan menerima rasuah.

Beliau sebelum ini pernah menjawab jawatan sebagai Pengerusi Tabung Haji dan dilaporkan telah melepaskan jawatan berkenaan ketika beliau dikaitkan dengan beberapa pertuduhan.

Menurut laporan berita tempatan lagi, SPRM sebelum ini pernah menyerbu beberapa buah hartanah yang dikaitkan dengannya di Subang Jaya, Selangir dan di Kedah.

Dalam serbuan tersebut, media tempatan melaporkan bahawa SPRM merampas wang tunai sebanyak RM 500 ribu dan beberapa utas jam tangan mewah.

Azeez bagaimanapun menjelaskan bahawa wang tunai berkenaan adalah milik UMNO bahagian dan jam tangan berkenaan bukanlah barangan yang asli.

Abangnya yang merupakan Pengurus Besar sebuah syarikat pengurusan hartanah turut di tahan di bawah akta yang sama.

 

 

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.