Siakap Keli

“Bang, Jangan Lupa Belikan Daging Masak Merah, Saya Mengidam,” Suami Tak Sempat Buka Mesej Isteri, Mayat Ditemui Tepi Jalan

Kerjaya sebagai pemandu ambulan mungkin tidak sehebat bidang pekerjaan lain kerana tugasnya hanya membawa dan menghantar pesakit daripada tempat kejadian ke hospita.

Walau bagaimanapun, pekerjaan ini tersirat pelbagai dugaan yang perlu ditempuhi sehingga kadang-kala susah untuk dihadam kerana sukar untuk diterima apatalah lagi, mereka yang berada dalam situasi tersebut.

Jelas, kerjaya ini memerlukan kesabaran yang tinggi kerana bukan mudah untuk berhadapan dengan orang yang ditimpa kemalangan seperti banjiran darah, atau anggota badan yang terpisah.

Perkongsian daripada Tok Qiqi ini menceritakan realiti kehidupan seorang pemandu ambulan yang ditemuinya.  Semoga perkongsian ini bermanfaat.

Minum2 dengan abang driver ambulan, sedih denagr kisah mereka semlam, katanya masa mereka bawak pesakit mereka terjmpa mayat tapi jalan lelaki lalu mereka berhenti.

Mreka turun dengan misi dan MA…periksa sah dah meninggal..teba2 fone dari mangsa berbnyi di dalam poket seluar…mereka tengok ada whatsApp masuk..dari isteri nya…

“Bang jangan lupa belikan daging masak merah saya ye bang, saya mngidam la bang”

Allah sebak rasa hati mereka..menyangkakan suaminya hnya baca sahaja tapi tak berbalas…isteri nya call…tapi driver ambulan misi dn MA yang ada serba salah nak jawab.

Polis pun sampai…bila polis smpai…mereka serah pada polis…polis jawab panggilan isterinya..waktu itulah suara meraung dlm fone kedengaran…mreka yang dengar sebak dan menitiskan air mata, sudahlah kempunan di tambah pula dengan kehilangan..

Berat mata kita memandang..berat lagi dia yang memikulnya….sedih mngenangkan nasib si isteri.

Pada yang membca kisah ini…hargailah pasangan anda….benar untuk cari ganti srmudh petik jari..untuk cari yang serasi tak semudah apa yang kita impi…..

Nur Farra