Siakap Keli

Brunei Miliki Kualiti Udara Kedua Terbersih Di Dunia – Kajian WHO

Menurut satu kajian oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) yang mengukur pencemaran udara sekitar di 1,622 lokasi di 92 negara, Brunei didapati memiliki kawasan bandar paling kurang pencemaran kedua di dunia.

Australia memiliki kawasan bandar paling tidak tercemar diikuti Brunei dan New Zealand, lapor agensi berita China Xinhua memetik media tempatan.

Estonia merupakan negara Eropah paling menonjol diikuti Finland dan Iceland, menurut akhbar harian tempatan Borneo Bulletin pada Isnin, yang memetik laporan WHO.

Kematian berkaitan pencemaran di Brunei adalah antara yang paling rendah dalam kalangan semua negara yang termasuk dalam laporan Suruhanjaya Lancet berkaitan pencemaran dan kesihatan yang disiarkan dalam jurnal perubatan The Lancet baru-baru ini.

Lima negara yang menduduki tempat teratas dalam ranking Lancet ialah Brunei, Sweden, Finland, Barbados dan New Zealand.

Nuraiyshah A.L

Being a sleepy girl with a busy life is hard.

Tambah komen

Sumbang Artikel Anda

Anda suka menulis dan berkongsi? Tetapi tiada medium yang sesuai? Anda dialu-alukan untuk menulis di Siakap Keli sekiranya penulisan anda itu suatu perkara yang manfaat.

Kami Juga Bersosial

Sekiranya anda ingin mendapat berita dari Siakap Keli pada 'News Feed' media sosial, anda boleh ikuti kami di