Siakap Keli

Dituduh Mencabul Bekas Atlet Bola Keranjang, Aktor Bill Cosby Bakal Dipenjara

Aktor veteran, Bill Cosby bakal berdepan dengan hukuman penjara pada usianya ke 81 tahun atas tuduhan mencabul seorang bekas atlet.

Pada April lalu, prosiding perbicaraan semula melibatkan kes aktor ini melakukan gangguan seksual ke atas Andrea Constand berlangsung.

Insiden yang sama dilaporkan berulang pada Jun 2017 di mana bekas pemain bola keranjang ini mendakwa dia diberikan pil yang membuat dirinya kaku dan tidak mampu melawan perbuatan Cosby yang mencabul dirinya.

“Kejadian itu menyebabkan saya tidak dapat melawannya. Saya mahu menghentikan perbuatannya,” ujarnya.

Pelakon dan pelawak yang diberi jolokan nama America’s dad itu diikat jamin sebanyak AS$1 juta (RM4,130,100), tetapi perlu menggunakan peranti pengawasan GPS dan hanya boleh keluar rumah untuk berjumpa peguamnya atau  mendapatkan rawatan perubatan.

Kesalahan yang dilakukan Cosby boleh menyebabkan dirinya dijatuhi hukuman penjara selama 22 bulan hingga 10 tahun jika disabit kesalahan.

Cosby mula menempah nama ketika dia membintangi pelbagai rancangan televisyen termasuk rancangan realitinya sendiri pada 1984 iaitu The Cosby Show.

Sumber: BBC

Aisha Ratnila

"Don't be distracted by criticism. Remember the only taste of success some people get is to take a bite out of you."

- Zig Ziglar