Siakap Keli

Ingatkan Patung, Bayi Hampir Digilis Dijumpai Merangkak Atas Jalan

Seorang bayi perempuan ditemui sedang merangkak di atas jalan raya di Lakewood, New Jersey.  Seorang pemandu trak yang melalui jalan tersebut terkejut ketika melihat susuk tubuh bayi kecil yang disangka patung berada di tengah jalan raya.

Cory Cannon, yang mula risau memperlahankan kenderaan dan mendekati bayi tersebut.  Ternyata susuk yang disangka patung adalah seorang bayi perempuan yang dipercayai merangkak keluar dari rumah menuju ke jalan raya.

Sejurus menyedari keberadaan bayi tersebut, Cory menyelamatkannya daripada digilis kenderaan.  Bayi tersebut kemudian diserahkan kepada keluarganya yang tinggal tidak jauh daripada tempat bayi itu ditemui.

Dipercayai ibu bapa bayi tersebut lupa menutup pintu pagar rumahnya sehingga menyebabkan bayi terbabit merangkak hingga ke jalan.

Cory berkata ketika ditemu bual, “nasib baik had laju kawasan tersebut hanya 40 kilometer sejam.”

Gambar bayi terbabit tular di media sosial dan Cory berharap agar ibu bapa di luar sana lebih peka akan keselematan anak-anak.

Sumber: Fox News

Nur Farra