Siakap Keli

Kerajaan Baru Di Maldives Baru Dimenangi Pembangkang, Logo Parti Tak Ubah Seperti BN

Nampaknya, rakyat Maldives kini bertukar tampuk pemerintahan baru seperti Malaysia. Kerajaan mereka mendapat pimpinan baru setelah parti pembangkang berjaya menumbangkan parti yang sedia ada memerintah negara itu.

Menurut laporan Aj Jazeera, ketua pembangkang, Ibrahim Mohamed Solih, telah berjaya mengalahkan Presiden Abdulla Yameen dalam Pilihan Raya Presiden selepas Solih mendapat 58.3 peratus undi popular berbanding Yameen yang hanya memperoleh kurang 42 peratus undi.

Keputusan itu ternyata mengejutkan Presiden Abdulla Yameen yang menjangka akan memenangi jawatan itu bagi penggal kedua.

“Kami telah memenangi pilihan raya ini dengan majoriti yang selesa. Ini adalah saat yang menggembirakan, saat harapan baru, saat yang bersejarah. Kita akan membentuk sebuah masyarakat yang adil dan dami di Maldives dengan saya sebagai presiden bagi semua rakyat.

“Saya ingin meminta Presiden Abdulla Yameen, menghormati kehendak rakyat dan segera memberi kerjasama dalam proses peralihan kuasa,” kata Solih.

Difahamkan, situasi di Maldives tidak kurang berbeza dengan Malaysia di mana Presiden Abdulla Yameen didakwa atas beberapa kesalahan yang membawa kepada punca kekalahannya.

Solih merupakan pemimpin kanan Maldivian Democratic Party (MDP) di mana bendera parti itu menyamai logo Barisan Nasional. Nampak sama kan?

Gambar : Eranga Jayawardena)

Sumber : Al-Jazeera

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.