Siakap Keli

Nak Bagi Pengajaran Anak Suka Buli Rakan, Wanita Ini Paksa Anaknya Pakai Baju ‘I Am Bully’ Ke Sekolah

AMERIKA SYARIKAT: Seorang wanita memaksa anaknya memakai kemeja T yang tertulis ‘I Am Bully’  ke sekolah selepas mendapat tahu kanak-kanak lelaki itu menggelar rakan sekelasnya ‘bodoh’.

Kanak-kanak itu diminta ibunya untuk memakai baju yang membawa maksud ‘saya pembuli’ bagi memberi pengajaran kepadanya supaya tidak membuli rakan lain di sekolah.

Wanita yang dikenali sebagai Star itu memuat naik gambar anaknya dengan baju itu di laman sosialnya tetapi terpaksa dipadam berikutan permintaan netizen yang menuduh tindakannya itu kejam.

Bagaimanapun, Star tetap percaya tindakan yang diambilnya itu merupakan antara kaedah pembesaran lama dan ingin mengajar anaknya yang berusia 11 tahun itu untuk lebih bersikap baik.

Jelasnya juga, kesan dari kaedah pengajarannya itu, anaknya kini bersikap lebih baik terhadap orang sekelilingnya serta tidak lagi membuli.

“Saya bertanya apa dia belajar daripada pengalaman itu. Dia berkata, ia menimbulkan rasa tidak senang dalam dirinya menyebabkannya turut tidak mahu sesiapa rasa tidak senang kerana perbuatannya.

“Memang itulah pengajaran yang saya mahukan untuknya,” akhirnya.

Sumber: Dailymail

Aisha Ratnila

"Don't be distracted by criticism. Remember the only taste of success some people get is to take a bite out of you."

- Zig Ziglar