Siakap Keli

Pelancong Malaysia Kini Sukar Masuk Australia, Pemetik Buah Bekerja Tanpa Permit Sah Antara Puncanya

Mengikut laporan akhbar tempatan Australia, dikatakan pelancong dari Malaysia hari ini menghadapi kesukaran untuk memasuki negara berkenaan disebabkan pelbagai kes sebelum ini melibatkan pelanggaran peraturan kemasukkan.

Akhbar berkenaan yang memetik sumber daripada Konsulat Malaysia berkata, berlaku peningkatan jumlah pelancong Malaysia yang tidak diberikan kebenaran untuk memasuki negara benua itu biarpun mempunyai visa perjalan yang sah.

”Mereka menghubungi kami dengan harapan kami dapat membantu mereka, tetapi sebenarnya kami tidak boleh melakukan apa-apa sekiranya pihak berkuasa (Australia) sudahpun membuat keputusan,” kata sumber berkenaan.

Jurucakap Jabatan Hal Ehwal Dalam Negeri berkata, Malaysia menduduki tempat teratas visa disekat, diikuti oleh China, Amerika Syarikat, United Kingdom dan India.

Walaupun terdapat banyak sebab sesuatu visa tersebut dibatalkan, namun media berkenaan melaporkan bahawa antara punca utamanya adalah kehadiran rakyat Malaysia yang bekerja sebagai pemetik buah di sana tanpa permit yang sah.

Tahun lepas, bekas Pesuruhjaya Tinggi Australia ke Malaysia, Rod Smith pernah memberi amaran bahawa rakyat Malaysia menjadi kumpulan yang paling terdedah kepada aktiviti scam yang menjanjikan pekerjaan di sana.

Selain itu katanya, sumber daripada Konsulat Malaysia juga memaklumkan bahawa rakyat Malaysia juga berhadapan kesukaran untuk mendapatkan visa kerana kebanyakkan memohon visa perlindungan disebabkan kesukaran ekonomi.

”Apabila seseorang berjaya mendapatkan visa perlindungan daripada Australia, mereka layak menikmati semua kemudahan yang ada, termasuklah hak untuk mencari pekerjaaan yang tidak terbatas,” kata sumber itu lagi.

Berdasarkan laporan The Daily Telegraph, dilaporkan seramai 64,000 tinggal melebihi tempoh yang dibenarkan oleh visa di Australia, dengan rakyat Malaysia menduduki carta teratas.

Satu lagi portal berita tempatan, ABC mendedahkan kebanyakkan warga Malaysia menggunakan identiti palsu untuk memasuki Australia yang diperolehi daripada pelbagai sindiket jenayah.

Bagaimanapun, jurucakap Jabatan Hal Ehwal Dalam Negeri menafikan bahawa pelancong-pelancong daripada Malaysia diberi layanan yang tidak adil berbanding pelancong lain di pintu-pintu masuk negara berkenaan.

”Kami menyambut baik kehadiran sekitar 400,000 pelancong daripada Malaysia setiap tahun yang berkunjung atas pelbagai sebab antara untuk menuntut ilmu, perniagaan dan pelancongan. Bagaimanapun, kami perlu menjadi lebih tegas supaya tidak ada sesiapa yang cuba mengeksplotaisi sistem visa kami.

”Sebelum melawat Australia, pelancong hendaklah memastikan bahawa mereka memegang visa yang betul,” kata jurucakap itu.

Jabatan berkenaan juga menjelaskan bahawa pelancong Malaysia layak memohon Electronic Travel Authority (ETA) untuk berkunjung ke Australia dalam tempoh masa yang terhad.

ETA adalah satu visa jangka pendek selama 12 bulan yang membenarkan mana-mana pelancong memasuki Australia sekerap yang mungkin selain dibenarkan tinggal disana untuk tempoh 3 bulan. ETA boleh dipohon melalui atas talian dan dikenakan bayaran sebanyak AUD 20 (RM 59).

”ETA tidak menawarkan kebenaran untuk bekerja di sini. Jadi salah satu kriteria yang perlu diisi adalah pemohon perlu memaklumkan tujuan asal mereka membuat permohonan. Sama ada mahu belajar, menajalan perniagaan ataupun melancong. 

”Kebelakangan ini, terdapat banyak sindiket scam yang mula mensasarkan rakyat Malaysia.

”Australia ingin menegaskan, ETA tidak menawarkan permit kerja. Jika berjaya ditangkap, mereka perlu menanggung kos penghantaran pulang selain dihalang memasuki Australia selama tiga tahun.”

Sumber : news.com.au

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.