Siakap Keli

Saja-Saja Nak Cari Pengalaman, Remaja Ini Digelar Bodoh Kerana Berenang Dengan Jerung

SYDNEY: Akibat tindakan berani matinya berenang dengan seekor jerung, seorang pemuda digelar bodoh dan boleh membahayakan nyawanya sendiri.

Jai Kiggins mengambil keputusan untuk berenang dengan jerung lepas diberitahu beberapa ekor haiwan pemangsa itu sedang memakan bangkai ikan paus di kawasan pantai.

Aksi berbahaya yang dilakukan Kiggins itu dirakam oleh adiknya, Kurt, sewaktu mereka sedang berenang di Pantai Wattamolla.

Kiggins menyatakan bahawa berenang bersama jerung merupakan impian dan pengalaman sekali seumur hidup baginya.

“Ia pengalaman sekali seumur hidup dan bukan tindakan yang bijak.

“Tapi jika anda ada keberanian, mengapa tidak,” ujarnya.

Sementara itu, menurut jurucakap Pejabat Alam Sekitar dan Warisan New South Wales, Shaun Elwood, tiada siapa yang kagum dengan aksi bodoh pemuda tersebut.

“Saya nasihatkan orang awam supaya tidak mengikut jejak mereka. Ia bukan sahaja tindakan yang bodoh, malah membahayakan keselamatan diri,” akhirnya.

Sumber: 9News

Aisha Ratnila

"Don't be distracted by criticism. Remember the only taste of success some people get is to take a bite out of you."

- Zig Ziglar

Tambah komen

Sumbang Artikel Anda

Anda suka menulis dan berkongsi? Tetapi tiada medium yang sesuai? Anda dialu-alukan untuk menulis di Siakap Keli sekiranya penulisan anda itu suatu perkara yang manfaat.

Kami Juga Bersosial

Sekiranya anda ingin mendapat berita dari Siakap Keli pada 'News Feed' media sosial, anda boleh ikuti kami di