Siakap Keli

”Selamat Bertanding, Saya Datang Cuma Mandi Laut” Tweet Lucu Ahmad Maslan Untuk PRK Port Dickson

Malaysia bakal menyaksikan satu lagi pilihan raya kecil, Port Dickson yang dijadualkan berlangsung pada 13 Oktober ini yang dikosongkan oleh Datuk Danyal Balagopal Abdullah untuk membolehkan Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanding dan kembali ke Dewan Rakyat.

Bagaimanapun media semalam melaporkan parti pembangkang, Barisan Nasional dikatakan telah memboikot pilihan raya tersebut.

Bagaimanapun, salah seorang wakil rakyat BN-Umno, Datuk Seri Ahmad Maslan yang melawat Port Dickson baru-baru ini telah memuat naik satu ucapan yang disifatkan lucu di laman Twitternya.

Ucapan yang disifatkan lucu tersebut dutujukan kepada sesiapa sahaja yang berminat untuk bertanding dalam pilihan raya tersebut.

”Selamat bertanding kepada sesiapa yang ingin. Termasuk Anwar Ibrahim. Jika saya ke Port Dickson, hanya untuk mandi laut, main pasir dengan 2 orang cucu serta lihat matahari terbenam di tepi pantai,” katanya.

Beliau turut berkesempatan berkongsi beberapa keping gambar percutiannya ke Port Dickson yang dikatakan diambilnya sendiri.

”Contohnya 4 gambar yang 3 daripadanya saya ambil sendiri di Port Dickson baru-baru ini,” katanya lagi.

Tweet tersebut mendapat respon daripada netizen yang rata-rata meninggalkan komen sinis terhadap beliau.

”Tak ada potensi nak menang. Tu je,” kata pemilik akaun @sebayan_empire.

”Lawan Anwar Ibrahim je kot. Boikot atau memang tak sanggup terima kekalahan?,” kata @AndikaNaxriey.

Beliau melalui kemas kini berikutnya menyambut baik keputusan BN untuk tidak bertanding yang disifatkannya sebagai satu keputusan yang bijak.

”Sebelum ini BN tidak pernah bertanding di PRK Penanti, Cempaka dan Seri Setia,”

Sumber : Datuk Seri Ahmad Maslan

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.