Siakap Keli

Selepas Nazir, Giliran Nizam Razak Letak Jawatan Pengarah Petra Energy

Sebelum ini Nazir Razak mengumumkan perletakkan jawatannya sebagai pengerusi dan semua jawatan lain dalam Kumpulan CIMB berkuatkuasa pada 31 Disember 2018.

Sejurus pengunduran Nazir, hari ini, Datuk Mohamed Nizam Razak pula yang juga adik kepada Datuk Seri Najib Razak telah meletakkan jawatan sebagai Pengarah Petra Energy Bhd.

Perletakkan jawatan itu diumumkan kepada Bursa Malaysia dengan kenyataan susulan bahawa beliau meninggalkan syarikat itu bagi “meneruskan perniagaan lain.”

Laporan daripada The Edge sebelum ini pernah menyatakan pegangan peratus Nizam di bawah Petra adalah sebanyak 9.11%.  Ia menjadikan kepentingannya dalam Petra sebanyak 64,000 saham melalui pembelian dalam pasaran terbuka minggu lalu.

Ia sekali gus meningkatkan kepentingannya di dalam syarikat itu kepada 28.18% atau bersamaan 90.447 juta saham.

Nur Farra