Siakap Keli
Caption

Sultan Johor Murka Surat Tidak Ditulis Dalam Bahasa Melayu Untuk Urusan Rasmi

Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar murka dengan tindakan seorang Ahli Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP) yang tidak menggunakan bahasa Melayu dalam surat rasminya.

Dalam satu kenyataan dimuat naik dalam Facebook (FB) rasminya, baginda bertitah apa sahaja surat rasmi sama ada membabitkan kerajaan negeri mahu pun pihak berkuasa tempatan (PBT) di Johor seharusnya ditulis dalam Bahasa Melayu.

Apa sahaja urusan surat menyurat membabitkan kerajaan negeri atau Ahli Majlis PBT semuanya mesti dalam Bahasa Melayu kerana ia menggunakan kepala surat rasmi kerajaan negeri walaupun ia berkaitan pemakluman mesyuarat.

”Bila masa dalam negeri Johor surat rasmi ditulis dalam dua bahasa,” titah baginda kepada Royal Press Office (RPO) di Istana Pasir Pelangi, Johor Bahru hari ini bagi mengulas tindakan seorang ahli Majlis MBIP yang menggunakan bahasa Cina dan bahasa Inggeris bagi memaklumkan mengenai sebuah majlis dialog.

Tuanku Sultan Ibrahim bertitah semua pihak harus menghormati penggunaan bahasa Melayu yang telah diguna pakai sejak dahulu di Johor.

”Saya sarankan kepada ahli Majlis, jika tidak tahu buat kerja baik letak jawatan sahaja. Ini amaran saya, jangan pisang berbuah dua kali,” titah baginda.

Ia menjadi tular dalam laman media sosial dan turut dimuat naik oleh bekas Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, dalam laman sosial Instagram miliknya .

Beliau menyatakan bahawa surat-menyurat dalam jabatan kerajaan mesti dalam bahasa Malaysia, jika tidak jangan dilayan.

Nuraiyshah A.L

Being a sleepy girl with a busy life is hard.

Tambah komen

Sumbang Artikel Anda

Anda suka menulis dan berkongsi? Tetapi tiada medium yang sesuai? Anda dialu-alukan untuk menulis di Siakap Keli sekiranya penulisan anda itu suatu perkara yang manfaat.

Kami Juga Bersosial

Sekiranya anda ingin mendapat berita dari Siakap Keli pada 'News Feed' media sosial, anda boleh ikuti kami di