Siakap Keli

Suspek Kes Bunuh Dan Humban Warga Emas Dalam Tangki Najis Dakwa Diri Di Bawah Pengaruh Bau Petrol

Semalam, tanah air digemparkan dengan berita penemuan mayat seorang wanita, Faridah Hashim, 63, yang dihumban kedalam tangki najis, dipercayai dibunuh dan dibunuh oleh anak lelakinya sendiri di Georgetown, Pulau Pinang, 19 September lalu. Berita berkenaan menjadi tular selepas dilaporkan oleh pelbagai agensi berita tempatan.

Media tempatan hari ini melaporkan bahawa suspek sudah pun berjaya ditahan jam 8.45 pagi tadi di Balik Pulau dan dijangka direman esok, memetik laporan daripada laporan sebuah portal berita tempatan hari ini.

Menurut kenyataan polis yang dilaporkan oleh portal berita berkenaan, suspek ketika kejadian dipercayai khayal akibat pengaruh bau petrol. Suspek dikatakan membunuh ibunya sendiri dengan cara menusuk pisau pada bahagian leher sebelum mengelar mangsa. Dia yang melihat ibunya sudah tidak bernyawa kemudian bertindak membuang jenazah ibunya sendiri di dalam tangki najis.

Lapor portal berita itu lagi, suspek bertindak demikian selepas berlaku pertengkaran mulut dengan mangsa.

Penemuan mayat mangsa di dalam tangki najis berkedalaman 1.2 meter itu oleh menantunya kira-kira 2 petang semalam sekaligus menamatkan misteri kehilangan wanita itu sejak 6 hari lepas.

Al-Fatihah, semoga Allahyarhamah ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman.

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.