Siakap Keli
Gambar :

Cantik Dan Manis Dipandang, Namun Kewujudannya Normal Atau Ini Tanda Awal Kanser?

Tahi lalat atau nevus pigmentosus merupakan pertumbuhan kulit yang kecil dan biasanya berwarna coklat tua atau hitam. Ada juga yang berwarna merah ataupun kuning coklat. Tahi lalat berasal dari sel-sel penghasilan pigmen melanosit di kulit.

Tahi lalat banyak muncul di bahagian kulit muka dan badan dan sering kali menjadi alat untuk menentukan personaliti seseorang. Dikatakan seseorang yang memiliki tahi lalat di wajah mampu menarik perhatian pasangan dan orang-orang sekeliling akan mudah jatuh hati pada mereka(1).

Munculnya tahi lalat ini bukanlah satu proses yang dapat diduga ia disebabkan pertumbuhan dan perkembangan abnormal dari sel-sel pigmen melanosit yang terletak di bawah kulit. Walaupun dikatakan abnormal, namun kemunculan tahi lalat ini tidak perlu dirisaukan sangat dan dianggap normal kerana ianya muncul pada masa bayi hingga usia 20 tahun(1).

Dengan bentuknya yang pelbagai seperti oval, bulat dan ada yang kelihatan seperti tanda lahir serta jumlah tahi lalat bagi setiap orang selalunya antara 10 hingga 40 tompok, bahkan ada yang lebih dari itu.

Seseorang yang sering berjemur di bawah cahaya matahari terik mempunyai kecederungan memiliki lebih banyak tahi lalat dan bagi wanita hamil, tahi lalat yang tumbuh membesar serta bertambah gelap kerana sel-sel pigmen memberikan respond terhadap perubahan hormon sepanjang proses kehamilan berlangsung(1).

Namun, pernahkan anda terfikir tentang maksud dan rahsia tahi lalat ini? Walaupun sering dianggap syirik dan tahyul, namun masih ramai ahli astrologi Cina dan pengamal perubatan tradisional Jawa yang percaya tahi lalat membawa maksud yang tersendiri, malah ia saling berkait rapat dengan personaliti seseorang.

Jadi kali ini, sebagai hiburan dan bacaan ringan, artikel ini akan berkongsi kepada anda maksud tahi lalat, rahsia tahi lalat dan kaitannya dengan personaliti anda(2).

Tahi Lalat Di Dagu

Gambar :POPBELA.com

Rahsia tahi lalat di dagu menandakan seseorang yang mempunyai kehidupan antara keluarga dan kerja yang seimbang. Malah mereka juga akan mudah berjaya(2).

Tahi Lalat Di Leher

Gambar :budayajawa.id

Individu yang mempunyai tahi lalat di bahagian leher, tak kiralah sama ada di sebelah kiri atau kanan, dikatakan mempunyai personaliti yang baik.

Antara rahsia tahi lalat di leher ialah seseorang juga seorang yang kuat daya ingatan, rajin, suka membaca dan cabaran(2).

Tahi Lalat Di Bibir

Gambar :Grid.ID

Tahi lalat di bibir saling berkait rapat dengan personaliti seorang yang bijak dan baik hati. Malah, rahsia tahi lalat di bibir juga menandakan seseorang sangat disenangi atau disayangi oleh orang sekeliling kerana seseorang itu sangat ramah dan cepat mesra(2).

Pakar astrologi Cina menganggap siapa yang ada tahi lalat di bibir ini manis berkata-kata dan tidak mudah mengaku kalah.

Tahi Lalat Di Tapak Kaki

Gambar :spmodels.net

Bagi seseorang yang mempunyai tahi lalat di tapak kaki, pengamal perubatan tradisional dan ahli astrologi Cina percaya bahawa mereka mempunyai peluang untuk ke luar negara dan menjelajah dunia(2).

Semuanya mungkin berkaitan dengan kaki yang “kuat berjalan”.

Tahi Lalat Di Dada

Gambar :the asiaparent

Individu yang ada tahi lalat di bahagian dada baik lelaki mahupun wanita melambangkan anda seorang pendiam dan suka menyimpan rahsia.

Malah, anda juga mungkin memiliki personaliti seorang yang malas dan suka menikmati kemewahan dalam hidup. Ada juga yang mengatakan bahawa seseorang yang mempunyai tahi lalat di dada kelihatan begitu seksi(2).

Tahi Lalat Di Jari Tangan

Gambar :spmodels.net

Orang yang memiliki tahi lalat di jari biasanya akan menghadapi banyak cabaran, rintangan dan dugaan dalam hidupnya. Malah, pakar juga menjangkakan individu ini akan bankrup kelak(2).

Tapi, ia mungkin tak bermaksud apa-apa, jika seseorang itu bijak menguruskan kewangan masing-masing kan?

Tahi Lalat Di Telapak Tangan

Gambar :Tribun Sumsel – Tribunnews.com

Jika seseorang yang mempunyai tahi lalat di telapak tangan, cuba tengok ia di sebelah kiri atau kanan. Jika tahi lalat itu terletak di sebelah kanan, ia bererti seseorang akan diberi rezeki dan menjadi kaya(2).

Namun kalau ia di sebelah kiri, ini bermaksud seseorang itu merupakan seorang yang boros.

Tahi Lalat Di Bahu

Gambar :Harianmu dot Com

Tahi lalat di bahagian bahu menunjukkan pemiliknya menggalas pelbagai tanggungjawab, namun mereka kekal peka, bijaksana dan pandai mengatur rancangan(2).

Tahi Lalat Di Pipi

Gambar :Cantik Tempo.co

Comel saja kan kalau ada tahi lalat di pipi? Biasanya kaum lelaki memang cepat tertarik dengan wanita yang ada tahi lalat di pipi ini.

Tahi lalat di pipi bermaksud anda adalah seorang yang pemalu walaupun memiliki ramai kawan, malah kalian juga amat peka dengan sekeliling(2).

Tahi Lalat Di Telinga

Gambar :Hipwee

Jika seseorang mempunyai tahi lalat di telinga, itu petanda bahawa mereka mempunyai komitmen yang tinggi dengan keluarga. Mereka amat menyayangi keluarga dan menganggap keluarga adalah kunci kebahagiaan(2).

Tahi Lalat Di Kelopak Mata

Dalam keadaan yang mungkin jarang berlaku, kita akan terjumpa seseorang dengan tahi lalat di bawah kelopak matanya.

Bila ada tahi lalat di bawah kelopak mata kanan, pakar percaya ia menandakan individu tersebut mudah memperoleh wang dan mudah untuk jadi orang kaya. Namun jika tahi lalat tersebut terletak di sebelah kiri, individi itu adalah orang yang sombong(2).

Tapi apa-apa pun rezeki terletak ditangan Tuhan dan yang penting haruslah berusaha keras untuk mencapai sesuatu yang diingini.

Tahi lalat Di Hidung

Menurut pengamal perubatan tradisional, tahi lalat di hidung bermaksud individu tersebut bijak merayu dan pandai menggoda.

Akan tetapi, dia cepat marah dan hilang kawalan. Wah, hati-hati jika mengenali seseorang sebegini. Tapi apapun, penulis yakin seseorang yang baran ini mampu mengawal emosi mereka sebaiknya jika mendapat sokongan dan dorongan orang-orang sekeliling(2).

Tahi Lalat Di Lengan

Tahi lalat di kawasan lengan bermaksud individu ini seorang yang berani dan bijak mengambil keputusan yang bernas(2).

Tahi Lalat Di Bawah Kening

Jika seseorang mempunyai tahi lalat di bawah kening, ia bermaksud sebenarnya seorang yang sangat kreatif dan cergas.

Mungkin tidak semua ramalan dan kecenderungan tentang maksud dan rahsia tahi lalat ini tepat kerana kita sendiri tahu tahi lalat terhasil kerana pembentukan pigmentasi di bawah kulit(2).

Akan tetapi, sebagai bacaan ringan, seronok juga mengetahui ramalan pakar astrologi dan perubatan tradisional yang “membaca” maksud tahi lalat ini.

Bahayakah Tahi Lalat?

Tahi lalat ada yang berbahaya dan ada juga yang tidak berbahaya. Meski tidak berbahaya, sebagian orang menjadi tidak percaya diri karena memiliki tahi lalat yang bentuknya mengganggu penampilan.

Apa yang dimaksud dengan tahi lalat berbahaya ini adalah tahi lalat yang menjadi gejala dari jenis KANSER KULIT bernama melanoma. Penampilan tahi lalat melanoma berbeza dengan tahi lalat normal(3).

Gambar :Falony

Tahi lalat melanoma memiliki permukaan yang kasar dan tidak rata, bentuknya tidak simetris, terdiri dari campuran dua atau tiga warna atau lebih, serta berdiameter lebih besar (melebihi 6 mm). Tahi lalat sejenis ini akan terasa gatal dan kadang-kadang mengeluarkan darah(3).

Seseorang dengan keadaan dan situasi berikut ini memiliki risiko lebih besar untuk terkena melanoma, di antaranya(3):

  • Memiliki tahi lalat biasa lebih dari 50 titik.
  • Sering terdedah dengan sinar matahari. Radiasi ultraviolet (UV) dari sinar matahari bersifat merosak jaringan kulit sehingga meningkatkan risiko terkena kanser kulit.
  • Memiliki riwayat keluarga berpenyakit melanoma.
  • Sering mengambil ubat-ubatan, seperti ubat antidepresan, antibiotik, dan ubat hormon. Ubat-ubatan jenis ini dapat menurunkan sistem kekebalan tubuh dan membuat kulit menjadi lebih sensitif terhadap sinar matahari.
  • Memiliki tahi lalat dengan bentuk yang tidak biasa. Harap berhati-hati jika anda memiliki tahi lalat berukuran lebih besar dibandingkan tahi lalat normal dengan warna coklat tua di tengahnya dan warna lebih terang pada tepiannya yang tidak rata.
  • Sudah pernah menderita melanoma.
  • Memiliki kulit sensitif yang mudah terbakar sinar matahari.

Rujuk doktor pakar dengan segera jika terdapat perubahan yang aneh pada tahi lalat anda. Untuk mengetahui hal tersebut, doktor akan melakukan pemeriksaan sampel jaringan tahi lalat dengan bantuan mikroskop. Kaedah ini disebut sebagai biopsi.

Bagaimana Cara Mengatasinya(4)?

a.) Pembedahan

b.) Kimoterapi

c.) Imunoterapi

d.) Radioterapi

 

Rujukan

  1. Serupedia.com
  2. The Asian Parent.com
  3. Alodokter.com
  4. MrkjBlog

Amy Noreffaziera

Jatuh bangun sendiri.. Tiada apa yang mustahil selagi kita berusaha..
_Jinsei o tsuyoku shite tatakau (Keep strong and fighting for life)_ =D ..#Ridergirl #Amiey