Siakap Keli

Gabungan Rasa Sempurna Daun Kaduk Dan Udang, Tiga Resepi Masakan Berkrim Ini Ibu-Ibu Wajib Cuba Di Rumah

Daun kaduk, sejenis daun herba yang terkenal dahulunya, tetapi kini hampir dilupakan oleh kita masyarakat Melayu di Malaysia.

Susah untuk kita jumpa resepi-resepi masakan berasaskan daun kaduk ini di media sosial sedangkan daun yang berkhasiat ini sebenarnya merupakan daun yang cukup sedap jika dimasak kena pada caranya.

Tahukah anda yang gabungan daun kaduk dengan udang merupakan gabungan masakan yang cukup sempurna dan amat sedap, oleh itu kali ini kami akan kongsikan kepada anda 3 resepi berkrim istimewa berasaskan daun kaduk, udang dengan Susu Isian Sejat MARIGOLD yang cukup sedap dalam 3 hidangan berbeza.

1. Kari Udang Berkrim dengan Daun Kaduk

Bahan-bahan

5 sudu besar minyak masak kelapa

4 sudu teh halba campuran

8 tangkai daun kari, dibuang tangkainya

500g udang harimau

1 tin Susu Isian Sejat MARIGOLD

2 sudu teh gula

1 sudu besar garam laut halus

30 helai daun kaduk

1 helai daun kaduk, diracik (untuk hiasan)

1 biji limau kasturi

Pes Kari

2 biji (300g) tomato besar

2 biji (300g) bawang merah

12 ulas (80g) bawang putih

5 biji cili padi

1½ sudu besar serbuk cili

2 ketul halia (bersaiz 2 inci, 40g)

4 sudu besar serbuk kari ikan

Cara Penyediaan

Satukan bahan-bahan pes kari dan kisar sehingga halus.

Panaskan minyak di dalam periuk dengan api sederhana. Masukkan halba campuran, daun kari, dan masak selama 1 minit atau sehingga naik bau.

Campurkan pes kari ke dalam periuk. Tumis sehingga pes naik bau dan pecah minyak selama lebih kurang 15 minit.

Masukkan udang dan masak untuk beberapa minit.

Tuangkan Susu Isian Sejat MARIGOLD. Perisakan dengan garam dan gula. Kacau rata.

Akhir sekali, masukkan daun kaduk dan masak sehingga daun kaduk menjadi lembut.

Lengkapkan hidangan dengan daun kaduk yang telah diracik dan perahan limau kasturi.

Siapa sangkakan, gabungan daun kaduk dan udang sesuai untuk dijadikan Pizza.


Piza Kari Udang Berkrim

Bahan-bahan

1 keping roti piza, bersaiz 10 inci

2 sudu besar sos pasta tomato

4 sudu besar kuah Kari Udang Berkrim (lihat resepi di atas)

3/4 cawan (60g) keju mozzarella parut

5 helai daun kaduk, diracik

6 ekor udang dari Kari Udang Berkrim, dibuang kulit

Cara Penyediaan

Panaskan ketuhar pada suhu 220°C.

Ratakan sos pasta tomato dan kuah Kari Udang Berkrim ke atas roti piza.

Tabur rata keju mozzarella dan daun kaduk.

Kemudian, susun udang di atas piza.

Bakar selama 5 minit atau sehingga keperangan.

Mi Kari Udang Berkrim

Bahan-bahan

1½ cawan (350g) Kari Udang Berkrim bersama 6 ekor udang

(lihat resepi di atas)

2 ½  cawan (625ml) stok ayam

1/2 sudu teh garam laut halus

1/2 sudu teh gula

1 sudu besar sos ikan

2 mangkuk mi laksa halus, direbus

1 cawan (140g) timun, dibuang biji dan diparut

Daun kaduk, diracik

1 biji cili merah, dihiris

1 biji limau kasturi, dibelah dua

Cara Penyediaan

Tuangkan kuah Kari Udang Berkrim, stok ayam dan bahan perisa ke dalam periuk besar. Panaskan dan kacau rata.

Masukkan mi laksa halus dan hirisan timun ke dalam mangkuk hidangan. Cedok sup ke atas mi mengikut selera.

Akhir sekali, hiaskan dengan udang, daun kaduk, hirisan cili merah dan perahan limau kasturi.

Berikut adalah video cara-cara memasak ketiga-tiga resepi diatas.

Daus Ishak

Jangan terpaku terlalu lama dengan kejayaanmu