Siakap Keli

Kazakhstan Perkenal Hukuman Suntikan Lemahkan ‘Kemaluan’ Bagi Pesalah Pedofilia

Kazakhstan kini menjadi negara pertama yang akan mengenakan hukuman secara kimia ke atas pesalah pedofilia selepas menerima terlalu banyak aduan mengenai jenayah ini terhadap kanak-kanak.  Selain penjara, hukuman ini antara inisiatif kerajaan negara tersebut dalam menangani masalah gangguan seksual terhadap anak kecil.

Presiden negara itu sendiri, Nursultan Nazarbayev telah mengenepikan dana sebanyak RM100,000 untuk membawa masuk sebanyak 2,000 suntikan kepada setiap suspek pedofilia tahun ini.

Kazakhstan memperkenalkan undang-undang baru menggunakan hukuman kimia ini bermula tahun 2018, setelah mendapat pengesahan daripada Timbalan Menteri Kesihatan, Lyazzat Aktayeva dengan keperluan menghalang manusia dari melakukan kekerasan seksual.

Suntikan ataupun prosedur hukuman kimia ini membuatkan beberapa organ kelamin pesalah tidak berfungsi secara normal bagi mengurangkan aktiviti seksual selain mengurangkan keganasan.

“Fungsi testis dan libido akan ‘diberhentikan’ sementara supaya pesalah tidak merasa untuk melakukan sebarang aktiviti seksual.”

Menurut laporan, seorang lelaki dari wilayah Turkestan antara pedofil yang akan menjadi orang pertama diletakkan dibawah hukuman kimia tersebut.  Dia bakal disuntik di bawah pengawasan kementerian kesihatan negara.

Sementara itu, ubat yang digunakan untuk suntikan dikenali sebagai anti-androgen steroid adalah salah satu ubat yang melawan kanser.

Jurucakap Kementerian Kehakiman berkata, “Rawatan perubatan ini turut tersedia bagi mereka yang ingin menguruskan masalah ransangan seksual secara sukarela.”

Menurut laporan, jumlah mangsa rogol di Kazakhstan meningkat dua kali ganda antara tahun 2010 dan 2014.

Sumber: Metro

Nur Farra