Siakap Keli

Kerap Dapat Penumpang Mabuk Dan Kaki Gaduh, Grab Singapura Hentikan Perkhidmatan ‘GrabHitch’ Dari Jam 1 Hingga 5 Pagi

SINGAPURA: Grab di Singapura menghentikan perkhidmatan lewat malam mereka dari jam 1 hingga 5 pagi berikutan sering mendapat aduan dari pemandu mengenai penumpang yang mabuk dan sering bertengkar.

Susulan aduan dari pemandu tentang penumpang mabuk dan muntah dalam kereta mereka selain bertengkar sepanjang perjalanan, syarikat itu bakal menghentikan perkhidmatan GrabHitch antara jam 1 hingga 5 pagi bermula bulan depan.

GrabHitch merupakan perkhidmatan lain dimana pemandu kereta persendirian menawarkan perkhidmatan kepada ramai penumpang yang menuju ke tempat sama dengan satu bayaran.

Terdahulu, GrabShare yang merupakan  perkhidmatan perkongsian kereta ditawarkan oleh pemandu komersil Grab, juga digantung operasi pada waktu sama sejak Jun lalu.

“Grab mengambil pendekatan proaktif untuk memastikan rakan pemandu dan penumpang mempunyai pengalaman memandu dan menumpang yang selamat dan positif,” kenyataan dari syarikat berkenaan.

Firma itu di Asia, berhadapan persoalan mengenai keselamatan selepas kejadian membabitkan pemandu dan penumpang tahun ini.

Bagaimanapun, perkhidmatan lain yang ditawarkan syarikat itu masih beroperasi pada waktu berkenaan.

Sumber: Reuters

Aisha Ratnila

"Don't be distracted by criticism. Remember the only taste of success some people get is to take a bite out of you."

- Zig Ziglar