Siakap Keli

Lega Masih Boleh Beri Kenyataan, Najib Kongsi ‘Senarai’ Pertuduhan, Yakin Tak Bersalah

Sebelum ini bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak telah diikat jamin sebanyak RM3.5 juta atas 4 pertuduhan salah guna kedudukan dan 21 pertuduhan membabitkan aktiviti penggubahan wang haram berjumlah RM2.3 bilion.

Hari ini, melalui akaun Facebook miliknya, Najib telah ‘membentangkan’ senarai pertuduhan yang dilakukan selama menjadi Perdana Menteri Malaysia sebelum ini.

Khamis lalu, saya didakwa dengan 21 pertuduhan pengubahan wang haram di bawah akta AMLATFA serta 4 pertuduhan di bawah akta SPRM yang merupakan “predicate offence” untuk 21 pertuduhan itu.

Di bawah akta AMLAFTA ini, setiap pergerakan wang samada penerimaan, pembayaran atau pindahan dikira sebagai satu tuduhan.

Saya didakwa menerima dana, memulangkan dana kepada penghantar serta dua pertuduhan kerana memindah wang dari satu akaun saya kepada akaun saya yang lain.

Pendakwaraya juga meletakkan syarat-syarat ikat jamin bahawa, walaupun saya seorang ahli Parlimen, saya tidak dibenarkan untuk menganjur atau menghadiri apa-apa bentuk majlis awam ataupun membuat sebarang kenyataan termasuk di dalam laman media sosial saya dengan alasan saya boleh menpengaruhi pendapat umum.

Alhamdulillah, hakim menolak kedua-dua syarat ini dan saya dibebaskan dengan ikatjamin pada hari yang sama.

Tetapi dengan dakwaan ini di Mahkamah, peluang untuk saya mengulas dan menjelaskan mengenai isu 1MDB secara umum di luar mahkamah telah dihadkan.

Insya-Allah saya akan membersihkan nama saya tidak lama lagi di dalam mahkamah.

Dengan kehakiman negara yang adil dalam menegakkan kebenaran, saya amat yakin bahawa ini peluang terbaik untuk menghentikan isu RM2.6 bilion yang sudah berlarutan bertahun-tahun ini buat sekian kalinya dan untuk selama-lamanya.

Nur Farra

writ.er / [rahy-ter]
-noun
1. a peculiar organism capable of transforming caffeine into books.

Tambah komen

Sumbang Artikel Anda

Anda suka menulis dan berkongsi? Tetapi tiada medium yang sesuai? Anda dialu-alukan untuk menulis di Siakap Keli sekiranya penulisan anda itu suatu perkara yang manfaat.

Kami Juga Bersosial

Sekiranya anda ingin mendapat berita dari Siakap Keli pada 'News Feed' media sosial, anda boleh ikuti kami di