Siakap Keli

Pas Umum Sah Bertanding PRK Port Dickson

Terkini, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang telah mengumumkan bawah parti itu bersetuju untuk bertanding di pilihan raya kecil (PRK) Parlimen Port Dickson.

Menerusi satu portal berita, keputusan itu dibuat beliau selepas mendengar pandangan dan hasil keputusan mesyuarat Jawatankuasa Harian PAS Pusat yang berlangsung malam ini.

Difahamkan, SPR menetapkan hari pengundian bagi PRK Parlimen Port Dickson pada 13 Okt dan hari penamaan calon pada 29 Sept manakala hari pengundian awal pada 9 Okt.

Kerusi Parlimen Port Dickson dikosongkan oleh penyandangnya Datuk Danyal Balagopal Abdullah, 68, pada 12 September lepas untuk membolehkan Anwar bertanding dan kembali ke Dewan Rakyat.

Berita lanjut menyusul.

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.