Siakap Keli

Persis Filem ‘Life of Pi, Remaja Indonesia Dibawa Arus Hingga Ke Lautan Pasifik, Terkandas Selama 49 Hari

Seorang remaja Indonesia telah terselamat selama 49 hari di laut di sebuah pondok penangkapan ikan, sebelum ia diselamatkan oleh sebuah kapal yang membawanya pulang ke rumah.

Aldi Novel Adilang, yang berusia 19 tahun dari Sulawesi, bekerja sebagai penjaga lampu di perangkap ikan terapung, dikenali orang tempatan sebagai rompong, terletak 125km di laut.

Remaja itu bekerja untuk menyalakan lampu rompong, yang direka untuk menarik ikan.  Menurut ayahnya, Adli telah melakukan pekerjaan itu sejak berusia 16 tahun.  Pun begitu, pada pertengahan bulan Julai angin kencang menghanyutkan Aldi hingga ke Lautan Pasifik.

Sepanjang di atas laut, Aldi cuma mempunyai bekalan yang sangat terhad.  Dia menangkap ikan, membakar kayu daripada pondok itu sendiri dan menghirup air laut melalui pakaiannya untuk mengurangkan rasa masin garam.

Apa yang lebih mengecewakan apabila selama Aldi terperangkap di tengah laut, sebanyak 10 kapal yang melalui kawasan tersebut langsung tidak perasan keberadaannya.

Konsulat Indonesia di Osaka berkata, “Setiap kali dia melihat sebuah kapal besar, dia berkata, dia berharap, tetapi lebih daripada 10 kapal telah berlayar melepasi dia, tiada seorang pun yang berhenti atau melihat Aldi.”

Selepas hampir berputus asa, pada 31 Ogos adalah titik permulaan Aldi diselamatkan.  Pada masa itu, dia mula menyedari ada kapal yang melalui kawasan tersebut dan cuba menarik perhatian kapal dengan menukar radio ke frekuensi kecemasan.  Tindakan Aldi berjaya apabila kru kapal sedar keberadaannya dan menarik naik ke atas kapal sekaligus menyelamatkannya dari ombak deras.

Aldi ketika ditemu rumah berkata, “Sampai satu tahap saya rasa nak bunuh diri dan terjun dalam laut tapi saya ingat nasihat ibu bapa saya untuk sentiasa berdoa jika dalam kesusahan.”

Pada 6 September, Aldi diserahkan kepejabat konsulat dan pada 8 September Aldi diterbangkan ke Manado, Indonesia diiringi beberapa pegawai konsulat.

Sumber: The Guardian

Nur Farra