Siakap Keli

Terkini : Azeez Rahim Dan Dua Lagi Direman 4 Hari

Terkini, bekas Pengerusi Lembaga Tabung Haji (TH) Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim ditahan reman selama empat hari bermula hari ini.

Menerusi satu portal berita tempatan, abang beliau Latiff dan saudara mereka Mohamed Nazri turut direman dengan tempoh sama.

Majistret Shah Wira Abdul Halim telah membenarkan permohonan reman oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengikut Seksyen 117 Kanun Tatacara Jenayah.

Peguam bela S Devanandan berkata ketiga-tiganya ditahan bagi membantu siasatan kes rasuah melibatkan Lembaga Tabung Haji.

Sebelum itu, ketiga-tiga mereka tiba di Mahkamah Majistret Putrajaya pada 10.30 pagi hari ini diiringi oleh pegawai SPRM bagi permohonan reman oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Mereka disiasat berhubung dakwaan menerima suapan daripada sebuah syarikat kontraktor bernilai jutaan ringgit.

Berita lanjut menyusul.

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.