Siakap Keli

Terkini: Tony Fernandes Pengerusi Baru Perbadanan Stadium

Selaras pencapaian dan kejayaan Tan Sri Tony Fernandes sebagai tokoh korporat, beliau telah dipilih mengisi kekosongan jawatan sebagai Pengerusi Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) berkuat kuasa hari ini, 26 September 2018.

Pengumuman dibuat melalui satu kenyataan bertulis daripada Pejabat Menteri Belia dan Sukan yang turut memaklumkan bahawa penglibatan Tony akan menjamin penambahbaikan stadium sekaligus memulihkan kondisi kewangan semasa badan tersebut yang telah mengalami kerugian sebanyak RM11 juta.

Selain kejayaan beliau dalam industri penerbangan, Tony dilihat mempunyai bakat keusahawanan dan kreativiti selepas memenangi beberapa anugerah besar seperti ‘CEO of The Year Award’ dan ‘Entrepreneur of the Year Award.’

Sebelum ini, 11 ahli lembaga pengarah lantikan politik di bawah KBS telah ditamatkan perkhidmatan termasuk pengerusi PSM, Datuk Mohamad Sahfri Ab Aziz.

Beberapa respon daripada individu yang menyokong perlantikan beliau:

 

Nur Farra