Siakap Keli

Tiga Maut Nahas Dekat Felda Belara

KUALA TERENGGANU, 26 Sept (Bernama) – Tiga pemuda maut manakala tiga lagi cedera parah dalam nahas dua kereta di Jalan Kuala Terengganu-Kota Bharu dekat Felda Belara, Sungai Tong, malam tadi.

Mangsa yang maut dalam kejadian kira-kira 10.25 malam itu termasuk dua pelajar institut kemahiran iaitu Che Wan Hasbullah Che Wan Zubaidi, 22, dari Kampung Gong Bayur, Besut, dan Syarifuddeen Sobree Abd Rahman, 22, dari Tumpat, Kelantan. Turut maut Mohd Kamarul Zaman Hasdi, 24, dari Kampung Gerdung, Hulu Terengganu.

Sumber : Info Bencana Terengganu

Ketiga-tiga mereka maut di tempat kejadian.

Mangsa yang cedera ialah Nik Muhamad Arif Mohd Afandi, 22, Tun Mohd Shuhairy Tun Mat Rani, 21, dan Suhaimi bin Mohd Yusof, 23. Mereka dibawa ke Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu untuk rawatan.

Ketika kejadian, Che Wan Hasbullah, Syarifuddeen Sobree dan Nik Muhammad Arif menaiki Proton Iswara manakala Mohd Kamarul Zaman, Tun Mohd Shuhairy dan Suhaimi menaiki Proton Wira.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu ACP Idris Abd Rafar ketika dihubungi Bernama mengesahkan kejadian itu.

Sumber : Info Bencana Terengganu

Ketua Balai Bomba Kuala Nerus, Yusmizan Yusman Yusof memberitahu pihaknya menerima panggilan daripada orang awam mengenai kejadian itu pada 10.48 malam.

“Sebaik menerima panggilan,17 anggota dari Balai Bomba Kuala Nerus dengan kekuatan dua jentera dikerah ke tempat kejadian,” katanya.

Bomba, katanya, terpaksa menggunakan pemotong hidraulik dan mengambil masa 40 minit untuk mengeluarkan mangsa.

Sumber : Info Bencana Terengganu

Sumber : BERNAMA

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.

Tambah komen

Sumbang Artikel Anda

Anda suka menulis dan berkongsi? Tetapi tiada medium yang sesuai? Anda dialu-alukan untuk menulis di Siakap Keli sekiranya penulisan anda itu suatu perkara yang manfaat.

Kami Juga Bersosial

Sekiranya anda ingin mendapat berita dari Siakap Keli pada 'News Feed' media sosial, anda boleh ikuti kami di