Siakap Keli
Gambar : The Express Tribune/Dubai Duty Free

Tuah Lelaki Sekali Cuba, Jadi Jutawan Menang Loteri Sejuta

Bagai mendapat durian runtuh, hanya dengan sekali sahaja percubaan pertama membeli tiket loteri di pusat Bebas Cukai Dubai, ternyata membawa tuah bagi seorang lelaki apabila dia kini bergelar jutawan.

Nouman Arif, 32, seorang ahli perniagaan Pakistan tidak menyangka akan terpilih. Dia hanya mencuba nasib mengambil bahagian dalam cabutan bertuah terkenal tersebut dengan membeli kupon secara atas talian.

Pada Selasa, tiketnya yang bernombor 1241 diumumkan sebagai pemenang sekaligus membawa pulang hadiah wang lumayan bernilai satu juta.

“Terima kasih kerana memberikan peluang untuk mengubah kehidupan saya menjadi jutawan,” katanya.

Difahamkan, Arif pemilik syarikat menyewa basikal, menjadi warga Pakistan ke-16 memenangi $1 juta sejak penubuhan pusat bebas cukai itu pada 1999.

Sumber : Gulf News

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.