Siakap Keli

Vellfire Milik Rosmah Dilihat Menuju Ke Pejabat SPRM

Isteri bekas perdana menteri, Datin Seri Rosmah Mansor dijangka akan hadir lapor diri ke Ibu Pejabat SPRM pada pukul 10 pagi ini.  Panggilan susulan dilaporkan pada pukul 10 malam tadi oleh pihak SPRM yang memberi notis untuk beliau hadir pagi ini bagi memberi keterangan.

Pihak media seawal pagi lagi dilihat berada di luar perkarangan kediaman bekas perdana menteri itu untuk memantau sebarang maklumat terkini.

Pada pukul 8.53 pagi, Vellfire putih dipercayai milik mereka bergerak keluar daripada kediaman menuju ke Ibu Pejabat SPRM.

Terkini, suasana di luar Ibu Pejabat SPRM masih lengang dan pihak media rata-rata sedang menunggu ketibaan Rosmah.

Nur Farra