Siakap Keli

(Video) Trauma Selepas Naik Roda Ferris Sendirian, Leher Budak Ini Tersangkut Dan Kaki Terjuntai Keluar

Bejing: Seorang kanak-kanak lelaki trauma apabila bahagian leher hingga kakinya tergantung pada buai roda ferris setinggi 48 meter di taman tema di Yuhuan.

Budak lelaki berusia lima tahun itu datang bersama ibunya ke taman tema tersebut sebelum dipercayai menaiki roda ferris itu berseorangan.

Insiden tersebut berlaku apabila dia cuba untuk duduk di atas besi pengunci tingkap pada bahagian dalam buai itu tetapi malangnya tergelincir keluar dan hampir jatuh namun kepalanya tersangkut membuatkan separuh badannya terjuntai.

Rakaman video menunjukkan kanak-kanak yang tersangkut dan menjerit ketakutan ini tersebar di laman sosial di China.

Beberapa pengunjung yang menyaksikan kejadian itu turut menjerit apabila roda itu berpusing hingga ke atas.

Petugas di taman tema yang terletak di bandar Taizhou dekat wilayah Zhejiang itu tidak mampu berbuat apa-apa selain dari menunggu roda itu sampai pada bahagian bawah.

Kanak-kanak yang mengalami lebam pada bahagian leher dihantar ke hospital bagi mendapatkan rawatan sementara pihak berkuasa dilaporkan menghentikan operasi roda ferris itu bagi membolehkan siasatan dilakukan.

Sumber: Fine Witness

Aisha Ratnila

"Don't be distracted by criticism. Remember the only taste of success some people get is to take a bite out of you."

- Zig Ziglar